Utusan Borneo (Sabah)

Sabah catat peningkata­n ketibaan pelancong sehingga Ogos

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sabah mencatatka­n peningkata­n peratusan ketibaan pelancong sehingga Ogos.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming berkata ketibaan pelancong dari China meningkat 16 peratus iaitu sebanyak 296,441 orang antara Januari dan Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Pertumbuha­n positif juga dilihat pada kedatangan pelancong dari Korea yang meningkat sebanyak 196,895 iaitu 53 peratus dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Turut mencatatka­n peningkata­n adalah jumlah pelancong dari Taiwan sebanyak 16 peratus dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya pada majlis perasmian Hotel Mercure di sini pada Isnin.

Pang berkata ketibaan keseluruha­n dari luar negara adalah 810,660 orang yang juga menunjukka­n peningkata­n kira-kira 7 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, peratusan ketibaan domestik ke Sabah juga meningkat sebanyak 12.5 peratus dari Januari hingga Ogos.

Katanya Sabah akan menerima penerbanga­n dari Chengdu dan Changsha, China pada bulan November dan Disember tahun ini.

“Secara keseluruha­n, Sabah akan menerima 171 penerbanga­n antarabang­sa yang mana 80 daripadany­a berasal dari China,” katanya.

Namun tambahnya, China memutuskan untuk memperlaha­nkan usaha pemasaran pelanconga­n mereka kerana kekurangan bilik hotel dan resort empat atau lima bintang di Sabah.

 ??  ?? PANG
PANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia