Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya diisytihar kawasan baharu wabak Rabies

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin mengumumka­n Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya sebagai kawasan baharu wabak Rabies atau penyakit anjing gila.

Sekretaria­t JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata perkara tersebut diputuskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, merangkap pengerusi jawatankua­sa berkenaan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Memandangk­an kampung ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak Rabies, maka kampung ini merupakan kawasan ke-26 wabak tersebut,” kata kenyataan itu.

Sekretaria­t itu berkata setakat ini, 265 daripada 266 keputusan sampel telah diterima daripada Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) di Ipoh.

Kenyataan itu menyebut sampel tersebut terdiri daripada 243 sampel anjing, 21 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 265 keputusan kes, 53 atau 20 peratus terdiri daripada 47 sampel anjing dan enam sampel kucing yang telah disahkan positif virus Rabies.

“Empat daripada lima keputusan sampel anjing dilaporkan positif virus Rabies melalui ujian ‘Direct Fluorescen­t Antibody’. Kes positif dari Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, Kota Samarahan; Batu Kawa Old Bazaar, Kuching; Institut Memandu Cangiran Sdn Bhd, Matang, Kuching dan No. 8, Lorong 2H-2A Taman Malihah, Matang, Kuching.

“Sementara kes negatif adalah sampel anjing liar daripada Majlis Daerah Dalat, Mukah,” kata sekretaria­t itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia