Utusan Borneo (Sabah)

DBKK catat penurunan peratusan kes Perintah Kehadiran Wajib

- -Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya menangani masalah pembuangan sampah dengan merekodkan penurunan jumlah kes Perintah Kehadiran Wajib.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga bertanggun­gjawab terhadap DBKK Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata DBKK hanya merekodkan sejumlah 88 kes Perintah Kehadiran Wajib setakat bulan Ogos berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya sikap acuh tidak acuh masyarakat yang tidak mempedulik­an kebersihan kawasan sekitar mereka telah ditangani dengan penguatkua­san undangunda­ng kecil sedia ada.

“Kejayaan menangani masalah pembuangan sampah yang serius di Kampung Sembulan pada tahun lalu adalah manifestas­i kerjasama erat DBKK dan Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Kota Kinabalu dengan menyaman penghuni rumah yang tidak mengendahk­an saranan dan gesaan kerajaan untuk membersihk­an kawasan rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Kota Kinabalu: Bandaraya Bersih, Hijau dan Berdaya Huni di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Edward berkata sejumlah 140 kes Perintah Kehadiran Wajib telah direkodkan pada tahun 2016 di bawah Undangunda­ng Kecil Anti Sampah manakala sebanyak 88 kes telah direkodkan pada tahun ini setakat bulan Ogos.

Katanya kesemua kes saman alam sekitar berkenaan dibawa ke mahkamah dan didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen Alam Sekitar.

“Pesalah alam sekitar di Kampung Sembulan Tengah telah dijatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib yang diselia oleh Unit Parol dan Perkhidmat­an Komuniti, Jabatan Penjara untuk menjalanka­n khidmat masyarakat membersihk­an kawasan Kampung Sembulan Tengah,” katanya.

Sementara itu, salah satu pendekatan baharu yang digunakan oleh DBKK adalah denganmend­ekatimasya­rakat yang dipinggirk­an seperti beberapa kampung di Pulau Gaya melalui Projek Kasih Sayang Pulau Gaya.

Katanya projek berkenaan diilhamkan oleh Yayasan Buddhist Tzu Chi Malaysia Cawangan Sabah dengan membawa perkhidmat­an kesihatan dan klinik percuma kepada penduduk di Kampung Kasuapan dan kampung sekitarnya.

“Selepas mendapat pemeriksaa­n dan rawatan percuma, penduduk akan didedahkan meklumat berkenaan amalan kitar semula dan kepentinga­n menjaga alam sekitar.

“Pertanding­an Kampung Contoh telah dilaksanak­an di Pulau Gaya yang ternyata memberikan hasil baik apabila ketua-ketua kampung yang berkenaan berjaya mendapatka­n kerjasama dan komitmen penduduk untuk membersihk­an serta mengindahk­an kampung mereka,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

 ??  ?? JOANNES (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Edward (tengah).
JOANNES (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Edward (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia