Utusan Borneo (Sabah)

Yahya terima kunjungan ketua masyarakat Daerah Putatan

-

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada ketuaketua masyarakat Daerah Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, di sini pada Isnin.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Daerah Putatan OKK Haji Yunus Ismail.

Ketua masyarakat yang hadir terdiri daripada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), ketua kampung (KK) dan ketua masyarakat Cina (kapitan).

Yahya yang juga Adun Petagas telah diberi taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Badan Amal dan Kebajikan Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan yang dipengerus­ikan oleh KK Amin Motai.

Dalam ucapannya, beliau mengingatk­an ketua masyarakat agar menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n oleh kerajaan dengan jujur dan amanah serta taat dan setia kepada kerajaan yang melantik mereka.

“Ketua masyarakat perlu menjadi contoh kepada rakyat kerana mereka mewakili kerajaan, serta perlu mendengar keluhan rakyat selain teguran mereka,” katanya.

Beliau juga meminta ketua masyarakat agar turut memainkan peranan memberi penerangan kepada rakyat akar umbi mengenai dasar dan program yang dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk faedah rakyat.

“Ketua masyarakat jangan terikut-ikut dengan rentak dan taktik parti pembangkan­g yang memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan BN,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (duduk, enam dari kanan) bersama Yunus (duduk, lima dari kiri) dan ketua masyarakat Daerah Putatan.
YAHYA (duduk, enam dari kanan) bersama Yunus (duduk, lima dari kiri) dan ketua masyarakat Daerah Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia