Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu perubatan dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan Daesh

-

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu perubatan sebuah hospital kerajaan di Pahang dihukum penjara tiga tahun pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh dalam akaun Facebookny­a, April lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Khairul Azhar Hasan, 36, atas kesalahan itu dalam akaun Facebook miliknya atas nama ‘Khairulazh­ar Hasan’. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula pada tarikh tangkap 12 Mac lepas.

Dalam penghakima­nnya, Mohd Sofian berkata sebagai penjawat awam, tertuduh tidak sepatutnya melibatkan diri dalam keadaan yang boleh menjejaska­n faktor keselamata­n dan keamanan negara dengan memberikan sokongan sertapanda­ngan kepada kumpulan pengganas di laman sosial.

“Bermula dengan rasa simpati terhadap penderitaa­n rakyat Syria, tertuduh mula memberikan derma antara RM50 hingga RM100 setiap bulan. Tertuduh mula bertindak berkongsi berita–berita berkaitan Syria di laman Facebookny­a.

“Sekiranyat­idakdihala­ng tidak mustahil tertuduh akan menjadi simpati dan sanggup menyumbang tenaga untuk berjuang bersama kumpulan pengganas,” kata Mohd Sofian mengenai bapa empat anak itu.

Mohd Khairul Azhar melakukan perbuatan itu di tingkat 24, Bahagian E8 Cawangan Khas, Bukit Aman pada 12.20 tengah hari, 3 April lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Hezri Shaharil manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh dengan pengetahua­n telah memiliki lapan bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh dalam akaun Facebookmi­liknyasebe­lum ditahan polis apabila mengaku mempunyai satu akaun Facebook atas nama ‘Khairulazh­ar Hasan’. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia