Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara lima hari, denda RM500 kerana umpil kerusi urut untuk isi minyak motor

-

KUALA LUMPUR: Garagara mengumpil sebuah mesin kerusi urut di kedai dobi untuk mendapatka­n wang bagi mengisi minyak motor, seorang pemandu van dipenjara lima hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini Isnin.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhi hukuman itu ke atas J. Sarawanan, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri wang tunai RM145 di kedai berkenaan di Bukit Indah, Ampang Jaya, di sini pada 9.14 malam, 23 Julai lepas.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda atas kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) itu.

Mengikut faktakes,seorang jiran berdekatan kedai dobi itu menghubung­i pemilik premis berkenaan selepas terlihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an di kedai dobi tersebut. Lelaki itu ditangkap oleh rakan mangsa dan orang awam sebelum diserah kepada polis.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, seorang bapa sembilan anak didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan atas tuduhan mencuri pelbagai barangan Februari lepas.

Herman Syah, 47, menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Peniaga pasar malam itu didakwa mencuri pelbagai barangan antaranya telefon bimbit, beg tangan dan wang tunai RM500 dari sebuah kereta yang diletak di tepi jalan di PJU 10/1, Damansara Damai dekat sini, pada 8.15 malam, 3 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduadua sekali.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia