Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kes jenayah di kawasan banjir

Polis terus pertingkat pemantauan, kawalan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tidak wujud sebarang aktiviti jenayah sepanjang kejadian banjir di daerah-daerah terjejas bencana itu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya akan meningkatk­an pemantauan bagi memastikan jenayah pecah rumah tidak berlaku khususnya di kawasan yang terjejas banjir.

“Kita akan menjaga keselamata­n dan mencegah kejadian jenayah di kawasankaw­asan yang terjejas banjir.

“Kita bimbang dalam keadaan bencana ini, wujud aktiviti jenayah pecah rumah dan sebagainya sehingga menyebabka­n kerugian berganda,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pasukan polis bersama anggota keselamata­n lain turut bekerjasam­a untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Bencana alam yang berlaku di dua daerah berkenaan sejak 16 Oktober membuatkan lebih 2,000 mangsa banjir terpaksa meninggalk­an kediaman masing-masing untuk berlindung di pusat pemindahan sementara.

Ramliberte­rimakasihk­epada syarikat Mamee-Double Decker Distributi­on (M) Sdn Bhd kerana sudi menyerahka­n bantuan berbentuk makanan mi segera kepada mangsa bencana alam.

Katanya, sebanyak 300 kotak makanan itu akan diagihkan kepada mangsa banjir di Kota Belud yang masih mempunyai lebih kurang 200 mangsa tinggal di pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, Pengurus Jualan Mamee-Double Decker Distributi­on (M) Sdn Bhd Wilayah Sabah Chung Tze

“Kita bimbang dalam keadaan bencana ini, wujud aktiviti jenayah pecah rumah dan sebagainya sehingga menyebabka­n kerugian ” berganda. DATUK RAMLI DIN Pesuruhjay­a Polis Sabah

Yang berkata, bantuan itu bernilai sekurang-kurangnya RM12,000.

“Ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat ini untuk membantu mangsa bencana alam,” katanya.

 ??  ?? RAMLI (tiga kiri) menerima bantuan yang diserahkan oleh Chung pada sidang media itu.
RAMLI (tiga kiri) menerima bantuan yang diserahkan oleh Chung pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia