Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia negara ke-53 mempunyai rakyat celik huruf teramai

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Malaysia berada di kedudukan ke53 daripada 60 negara dalam senarai negara yang mempunyai jumlah penduduk celik huruf teramai di dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata selepas Malaysia, Thailand menyusul di kedudukan ke-59 dan Indonesia ke60 melalui kajian Central Connecticu­tStateUniv­ersity, Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Keningau KBK 2017 di Kompleks Persekutua­n Wilayah Keningau di sini pada Isnin. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Datuk Kamarlin Haji Ombi.

Menurut beliau, 10 negara teratas yang mempunyai jumlah penduduk celik huruf teramai di dunia ialah Finland, Norway, Iceland, Denmark, Sweden, Switzerlan­d, Amerika Syarikat, Jerman, Latvia dan Belanda.

“Amalan budaya membaca oleh rakyat Malaysia perlu diperingka­tkan lagi dalam pelbagai cara walaupun arus teknologi kini serba canggih yang melangkaui kehidupan manusia,” katanya.

Mengenai karnival buku itu yang julung kali diadakan di daerah ini, Masidi berkata ia merupakan program berterusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah dimulakan sejak 1972 lagi.

Katanya sesuai dengan keberadaan­nya sebagai penerbit terbesar di bawah payung Kementeria­n Pendidikan Malaysia, DBP melalui karnival itu berusaha mendekatka­n masyarakat kepada buku yang sememangny­a menjadi jambatan kepada cakerawala ilmu.

“Program seumpama seperti ini diharap dapat memenuhi usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat selain platform proses pembelajar­an yang harus berterusan sepanjang hayat serta mampu membentuk masyarakat yang berilmu dan seimbang,” katanya.

Hadir sama, Ketua Perpustaka­an Wilayah Keningau Zaiton Sairidi, Penolong Pegawai Daerah Keningau Celestine Jetony, Eksekutif Kanan Pemasaran DBP Sabah Mas Im Hashim dan Penolong Ketua Pengarah BTPN Sabah Junaidi Adam.

 ??  ?? KAMARLIN dan Zaiton melancarka­n buku hasil karya tiga penulis tempatan pada karnival itu.
KAMARLIN dan Zaiton melancarka­n buku hasil karya tiga penulis tempatan pada karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia