Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh badan bebas audit kelulusan projek pembanguna­n lereng bukit

-

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menubuhkan segera satu badan bebas untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembanguna­n di kaki, lereng dan cerun bukit yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh negeri ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata ini susulan pihak berkuasane­gerimember­ikan kelulusan kepada projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini walaupun tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lepas, 11 pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik itu maut apabila ditimbus tanah runtuh, ketika kejadian kesemua mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu.

Difahamkan, kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu.

Zainal Abidin berkata kenyataan media oleh Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam yang memaklumka­n bahawa projekperu­mahandiLem­bah Permai itu tidak mendapat sokongan JAS adalah sangat mengejutka­n.

“Apakah pihak berkuasa negeri, sama ada OSC (pusat sehenti) atau Jawatankua­sa Perancanga­n Negeri (SPC) telah mengetepik­an pandangan jabatan-jabatan teknikal semasa memberikan kelulusan itu pada 10 Feb 2015?

“Kami amat hairan bagaimana satu projek yang tidak disokong oleh sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh pihak berkuasa negeri. Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan kebenaran merancang jika tidak mendapat sokongan semua jabatan teknikal yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

JAS dalam kenyataan pada Ahad menyatakan bahawa permohonan pemaju untuk memulakan perancanga­n projek itu tidak disokong kerana tidak wujud zon penampan yang mencukupi antara projek apartmen dan aktiviti kuari berhampira­n, menurut Garis Panduan Kedudukan dan Zon Industri dan Kawasan Kediaman.

Aktiviti pengkuaria­n itu jaraknya hanya 162 meter dari tapak penghancur­an dan antara 400 ke 500 meter dari tapak letupan kuari.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil tanggungja­wab diataskece­lakaanmeli­batkan kehilangan 11 nyawa itu akibat keangkuhan mereka mengetepik­an pandangan JAS.

Menyifatka­n tragedi itu bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau berkata kejadian itu tidak mungkin berlaku jika projek pembinaan berkenaan tidak diluluskan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia