Utusan Borneo (Sabah)

Kesemua mayat mangsa tanah runtuh Tanjung Bungah ditemukan

-

GEORGE TOWN: Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini telah dijumpai.

Dua mayat terakhir seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan Yuan Kouk Wern, 27, ditemukan pagi Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus berkata proses mengeluark­an mayat Muhammad Monirul tidak mengambil masa lama ekoran keadaan persekitar­an yang mudah.

Bagaimanap­un katanya proses mengeluark­an mayat terakhir yang juga rakyat tempatan mungkin mengambil sedikit masa kerana mangsa dihempap jeriji besi.

“Mayat kesebelas yang merupakan rakyat tempatan dan terakhir dijangka dapat dikeluarka­n sebelum tengah hari ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini pada Isnin.

Hingga kini, 10 mayat telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatulla­hMohdSidiq;empat warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam, Rahaman Abdur dan Muhammad Monirul; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Ketika kejadian pada 8.57 pagi kelmarin, kesemua 11 mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka. Bernama

 ??  ?? PASUKAN keselamata­n mengusung mayat Yuan Kuok Wern yang merupakan mangsa terakhir yang ditemui tertimbus di kawasan tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Isnin. -Gambar Bernama
PASUKAN keselamata­n mengusung mayat Yuan Kuok Wern yang merupakan mangsa terakhir yang ditemui tertimbus di kawasan tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia