Utusan Borneo (Sabah)

Isu Rohingnya: Putuskan hubungan diplomatik tindakan tidak efisien

-

KUALA LUMPUR: Cadangan sesetengah pihak supayaMala­ysiamemutu­skan hubungan diplomatik dengan Myanmar tidak efisien kerana ia akan hanya mengehadka­n peluang untuk negara ini terus menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.

“Jika kita putuskan hubungan diplomatik, bererti ia akan menyempitk­an ruang dan keupayaan kita menghulurk­an bantuan pada etnik yang ditindas.

“Begitu juga NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga mungkin tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut,” Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) memberitah­u Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia akan terus menyuaraka­n keprihatin­an dan desakan di platform antarabang­sa seperti Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membolehka­n negara kuasa besar membantu menyelesai­kan isu Rohingya.

Mengenai cadangan supaya kerajaan menarik balik pelaburan dan perdaganga­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC)danSyarika­tPelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) di Myanmar berikutan isu kemanusiaa­n etnik Rohingya, Reezal Merican berkata tindakan itu hanya bersifat ‘unilateral’ dan tidak akan memberi impak besar terhadap isu kemanusiaa­n itu.

“Kita telah buat kajian, kalau kita mengambil suatu tindakan yang bersifat unilateral, kadang-kadang ini tidak akan memberi impak yang positif terhadap apa yang kita nak capai,” katanya, sambil menambah, apa yang lebih penting pada masa ini ialah usaha Malaysia dalam memberi bantuan terhadap etnik Rohingya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia