Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan peruntuk lebih RM400 juta hadapi banjir sejak 2008

-

KUALALUMPU­R:Sejumlah RM422.4 juta diperuntuk­kan menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi menghadapi bencana banjir di negara ini sejak 2008 sehingga akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (gambar) berkata bantuan berkenaan bagi pengurusan mangsa banjir termasuk membina rumah kekal baharu bagi mereka yang mengalami kerosakan kediaman.

“Setakat ini, daripada jumlah peruntukan berkenaan, sebanyak RM101.63 juta telah digunakan untuk banjir di Kelantan, RM52.9 juta di Terengganu dan RM55.85 juta di Pahang. Selain itu, sebanyak RM113 juta telah digunakan bagi pembinaan 1,384 rumah kekal baharu kepada mangsa banjir seluruh negara,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, pada Isnin.

Shahidan menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai persediaan dan peruntukan kewangan kerajaan bagi menghadapi bencana banjir.

“Kerajaan juga pastikan tindak balas bencana diselarask­an dengan berkesan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan memfokuska­n kepada latihan amal dan bengkel melibatkan pegawai berkaitan bagi mengendali­kan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga memperting­katkan langkah persiapan bencana dengan berganjak daripada kaedah pengurusan bencana kepada pengurusan risiko bencana yang lebih menyeluruh. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia