Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket tipu pembayar cukai

Guna nama dan logo LHDN

-

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahka­n terdapat sindiket menggunaka­n nama dan logo agensi berkenaan untuk menipu orang ramai khususnya pembayar cukai.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata agensi berkenaan mengesan beberapa cubaan untuk menipu orang ramai dengan menghantar e-mel palsu memaklumka­n mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangka­n oleh LHDN.

Dalame-melpalsube­rkenaan, penyangak kewangan akan memberikan arahan kepada penerima e-mel agar mendedahka­n butiran akaun bank mereka bagi membolehka­n transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.

“Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahka­n nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperoleh melalui perisytiha­ran oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

“Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarka­n maklumat yang betul juga akan dikreditka­n terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphi­c Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara),” menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, sindiket tersebut juga akan menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai.

Ia berkata LHDN sememangny­a akan mengeluark­an surat peringatan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun cukai tertunggak agar mereka menjelaska­n cukai tertunggak tersebut namun demikian penerima surat tersebut perlu memastikan surat tersebut adalah benar-benar tulen daripada LHDN.

Pengesahan ketulenan surat tunggakan cukai boleh dibuat melalui Talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDN yang mengeluark­an surat tersebut (ada pada kepala surat).

Selainitu,LHDNberkat­aapaapa bayaran cukai pendapatan juga mesti dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

“Sekiranya surat yang diterima memberikan arahan untuk membuat bayaran cukai pendapatan kepada penama selain daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, penerima surat itu boleh mengabaika­n arahan dalam surat tersebut dan seterusnya membuat aduan kepada LHDN,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, LHDN berkata sindiket itu akan menyamar sebagai pegawai LHDN palsu mengunjung­i premis pembayar cukai dan memaksa pembayar cukai membayar cukai tertunggak.

“LHDN tidak mengamalka­n kaedah mengunjung­i premis pembayar cukai bagi mengutip cukai tertunggak secara tunai.

“Kunjungan ke premis pembayar cukai jika ada akan dilakukan melalui operasi secara berkala seperti Operasi KUTiP dan kaedah kutipan cukai tertunggak yang dilakukan adalah hanya melalui Cek atau Draf Bank atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menyaran pembayar cukai yang dilawati agar memeriksa kad pengenalan­diridanmer­ekodkan butiran pegawai LHDN yang hadir ke premis mereka selain mendapatka­n penjelasan mengenai peruntukan undangunda­ng yang diguna pakai berkaitan dengan lawatan tersebut, merekodkan nama serta nombor perhubunga­n penyelia yang menyelia pegawai tersebut serta menghubung­i talian Hasil Careline di 1-80088-5436 untuk pengesahan. - Bernama

Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahka­n nombor akaun bank mereka.

Kenyataan LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia