Utusan Borneo (Sabah)

Kes tembak: Lima individu ditahan untuk bantu siasatan

-

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes dua lelaki cedera ditembak pada jarak dekat di sebuah kedai kopi di pekan Bukit Gambir, Tangkak, Johor, Jumaat (20 Okt) lalu, di sini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata lima suspek lelaki yang berusia antara 30-an dan 40-an itu ditahan pada Sabtu dan hasil soal siasat mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu berkaitan dadah.

“Hingga kini pihak polis masihlagim­enjalankan­siasatan lanjut dan terperinci.

“Keadaan dua mangsa yang cedera juga kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan kita percaya akan mendapat lebih banyak maklumat tambahan selepas menjalanka­n soal siasat terhadap kedua-dua mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Isnin.

Beliau berkata semua suspek kini masih direman hingga 27 Okt ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi Jumaat lalu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang sedang minum pagi bersama beberapa rakan lain di kedai itu didatangi suspek sebelum ditembak menggunaka­n pistol semi-automatik.

Suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh itu melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan mangsa dan melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam pada itu, Mohd Khalil turut memaklumka­n arahan pertukaran baharu dikeluarka­n oleh Bukit Aman terhadap pegawai dan anggota yang terbabit dengan penularan klip video mendakwa mereka sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar, Johor.

Beliau berkata, arahan itu dilaksanak­an serta-merta dan membabitka­n semua tujuh pegawai dan anggota yang terbabit termasuk seorang koperal yang turut dilucutkan daripada jawatan detektif.

“Siasatan tatatertib sudah dijalankan dan dirumuskan selain tindakan lain yang akan diambil dalam masa terdekat. Mereka kini sudah diarahkan untuk bertukar ke lokasi dan formasi lain di seluruh negara oleh Bukit Aman,” kata Mohd Khalil. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia