Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor harus laksana projek demi kesejahter­aan rakyat

-

LAWAS: Kontraktor disaran terus melaksana tugas dan tanggungja­wab diamanahka­n dengan melaksana projek dan agenda kerajaan demi kesejahter­aan rakyat, bukan bersifat keuntungan semata-mata.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejajar dengan pembanguna­n berlaku kontraktor harusmempu­nyaisemang­atmempasti­kan apa jua agenda pembanguna­n negara dilaksana sebaiknya.

“Kontraktok perlu mempunyai semangat tanggungja­wab dan bersungguh-sungguh, berdaya maju dan sanggup meningkatk­an keupayaan dan kebolehan dengan latihan melaksana projek diagih secepatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Latihan Praktikal Membaik Pulih Masjid Lama Kampung Tanjung Pagar, Sundar di sini, pada Ahad.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Morliah Datuk Awang Daud, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan Kementeria­n Kerja Raya (KKR) Malaysia Zureen Zubir, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Datu Dr Sanib Said, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari dan Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan mrangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata pelaksanaa­n projek perlu cekap dan mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak projek kerajaan terbengkal­ai.

Pada masa sama tegasnya, agensi kerajaan sebagai pelaksana perlu memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan berdaftar dan berupaya melaksana projek dengan baik.

Awang Tengah berkata kontraktor yang memilih bidang kontraktor sebagai perniagaan diceburi perlu menekankan keupayaaan dan bukan hanya untuk mendapatka­n kontrak sahaja.

Katanya konsep gotong-royong perlu disubur di peringkat kampung sebagai simbolik kepada semangat keutuhan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu beliau mahu rumah ibadat termasuk masjid dan surau di negeri ini dijaga kebersihan dan kesucianny­a.

Pada majlis itu Awang Tengah memperuntu­kkan RM50,000 kepada jawatankua­sa Masjid Lama Kampung Tanjung pagar.

 ??  ?? AWANG TENGAH (tiga kiri) disaksikan Morliah (kiri), Paulus ketika merasmi program membaik pulih Masjid Lama Kampung Tanjung Pagar, Sundar, Lawas semalam.
AWANG TENGAH (tiga kiri) disaksikan Morliah (kiri), Paulus ketika merasmi program membaik pulih Masjid Lama Kampung Tanjung Pagar, Sundar, Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia