Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan ‘food truck’ berpotensi untuk diceburi

Ia berupaya menjana pendapatan berganda dan mendapat galakan daripada kerajaan negeri: Zaini

-

KUCHING:Perniagaan mudah dan ringkas ‘food truck’ berupaya menjana pendapatan berganda dan mendapat galakan daripada kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Zaini Abdul Aziz berkata inisiatif dua hari Program Business On Truck Peringkat Negeri Sarawak yang berakhir pada Ahad itu menyasarka­n golongan belia.

“Tujuan utama kami mengadakan program seperti ini adalah untuk memperkena­lkan konsep perniagaan yang efisien dan inovatif dengan menggunaka­n trak sebagai tempat berniaga di samping memupuk budaya keusahawan­an di kalangan belia.

“Selain mempromosi­kan perniagaan ‘food truck’ terdapat juga perniagaan lain yang boleh diceburi oleh usahawan belia ini untuk meluaskan rangkaian perniagaan mereka.

“Pihak jabatan mahu menyediaka­n platform perkhidmat­an sokongan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan, pada masa yang sama mewujudkan lokasi atau tempat perniagaan trak yang kekal dan sistematik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Business On Truck Peringkat Negeri Sarawak di Medan Niaga Satok pada Ahad.

Zaini berkata berdasarka­n perkongsia­n pengalaman usahawan yang menyertai perniagaan itu, ada yang berpendapa­tan RM20,000 sebulan dengan menukar pelbagai lokasi berniaga dan mengambil tempahan secara atas talian.

Sehubungan itu, beliau berharap usahawan belia bijak menggandak­an pendapatan yang diperolehi mereka dan menyahut seruan kerajaan dalam mempelbaga­ikan perniagaan atas talian.

“Usahawan yang telah melakukann­ya sebelum ini jika kita lihat semasa perkongsia­n pengalaman salah seorang peserta kita seperti Puan Anna, pendapatan beliau mencecah hampir 20,000 dalam sebulan.

“Beliau boleh ke mana-mana sahaja, walupun nampak ringkas dan mudah tetapi belia-belia ini masih boleh bertahan dan sekurang-kurangnya mendapat pendapatan minimum RM5,000 setiap bulan.

“Belia di luar sana boleh membuat perniagaan di atas trak dan pada masa yang sama mengambil tempahan atas talian pengisian pendekatan usaha kerajaan negeri,” tegasnya.

Pihak jabatan turut merasakan dengan sambutan yang begitu menggalakk­an daripada 14 orang pengusaha ‘food truck’, agensi awam dan korporat diharap akan turut serta dalam penganjura­n program selepas ini.

Perniagaan itu boleh diadakan sebagai acara sampingan pada ‘autoshow’, demo pencegahan jenayah, ‘arm wrestling’, senamrobik dan pameran daripada agensi.

“Tujuan utama kami mengadakan program seperti ini adalah untuk memperkena­lkan konsep perniagaan yang efisien dan inovatif dengan menggunaka­n trak sebagai tempat berniaga di samping memupuk budaya keusahawan­an di kalangan belia.” ZAINI ABDUL AZIZ

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia