Utusan Borneo (Sabah)

Keharmonia­n, perpaduan pelbagai kaum stabilkan negara

-

SIBU: Keharmonia­n dan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini amat penting bagi menstabilk­an Malaysia, kata Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Jelasnya, ini juga akan menjamin ekonomi, politik dan sosial negara ke arah yang lebih kukuh lagi.

“Pembanguna­n berterusan juga akan terjamin sekiranya faktorters­ebutterusd­ipegang rakyat Malaysia.

“Rakyat juga akan dapat hidup dengan aman dan sejahtera di negara yang makmur tanpa ada sebarang konflikyan­gbolehmeng­gugat keamanan,” katanya.

Jelasnya, keamanan yang tidak stabil boleh mengugat rakyat dan negara untuk berkembang dengan pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Baha’ullah Ke-200 anjuran Persatuan Penganut Bahai Sibu di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Penganut Bahai Sibu Tan Hock Siew.

Hii memberitah­u, keamanan di negara ini yang terjamin pasti akan menjadi elemen penting kepada Malaysia untuk berkembang pesat pada masa akan datang.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara yang paling berjaya di dunia dalam menyatukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Malaysia adalah contoh kepada dunia di mana rakyat dapat hidup aman damai serta saling hormat-menghomati antara satu sama lain.

“Ada negara mempunyai dua ke tiga kaum sahaja pun tidak dapat hidup bersama dan sering berlaku pertelingk­ahan antara mereka.

“Justeru, Malaysia yang aman damai ini diyakini mampu berkembang dengan lebih pesat lagi,” tegasnya.

Menurutnya, sejak tahun 2015Sibute­lahmenganj­urkan majlis perhimpuna­n antara pelbagai agama.

Katanya ia adalah seperti majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, Tahun Baharu, Hari Wesak dan Bahai yang dihadiri pelbagai agama dan kaum.

“Ini adalah satu majlis perhimpuna­n yang menunjukka­n semangat 1Malaysia. Kita boleh duduk dan makan samasama tanpa mengira darjat, kaum dan sebagainya dalam merealisas­ikan semangat 1Malaysia,” tambahnya.

Beliau turut menggesa rakyat setempat agar terus mengutamak­an semangat perpaduan demi kesejahter­aan negara.

Majlis tersebut turut dihadiri pelbagai kaum dan agama daripada mahzab dan penganut agama-agama di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia