Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan makanan untuk mangsa banjir mencukupi

-

KUCHING:Rakyat di negeri ini tidak perlu khuatir akan kemungkina­n musibah berlakunya banjir kerana bekalan makanan adalah mencukupi.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komunti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah ketika menjawab pertanyaan media tentang persediaan banjir di Sarawak bagi kementeria­nnya.

Fatimah memberi jaminan bahawa jumlah bantuan dari segi bekalan makanan untuk mangsa banjir adalah lebih baik daripada sebelum ini.

“Persiapan kita dari segi pengagihan bantuan bekalan makanan adalah mencukupi sama ada di pusat pemindahan banjir atau mangsa yang tidak berpindah tapi terputus hubungan dan air di kawasan rumah tidak surut selama tiga hari.

“Bagi kes ini, bekalan makanan akan dihantar terus kepada mangsa banjir. Maknanya, apabila maklumat (mengenai banjir) diterima, kita akan segera memberi bantuan makanan kepada mereka,” jelasnya.

Oleh itu, Fatimah berkata orang ramai tidak perlu risau kerana persediaan bagi menghadapi kemungkin banjir telah dirancang rapi agar mangsa banjir dapat dibantu dengan sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Hari Taska 2017 yang disertai 13 taska swasta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kawasan Kuching di Yayasan Sarawak di sini, pada Ahad.

Mengenai program anjuran Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdafar Sarawak itu, Fatimah menyifatka­n ia sebagai program yang memberi pengiktira­fan terhadap perkhidmat­an pengasuhan kanakkanak yang berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia