Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan kepakaran ahli akademik tingkat kualiti silibus PML

-

KOTA KINABALU: Gabungan kepakaran ahli akademik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam menyediaka­n kerangka modul, kurikulum dan silibus baharu Pusat Minda Lestari (PML) mampu memacu transforma­si PML ke arah penyediaan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, ia turut mampu menjadikan PML sebagai pusat perkembang­an kanak-kanak yang cemerlang dan memberikan nilai tambah kepada kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan sedia ada bagi memastikan kualiti keberhasil­an kanak-kanak dapat ditingkatk­an.

“Pengemaski­nian modul, kurikulum dan silibus PML bukan sahaja memfokuska­n kepada pengukuhan kemahiran kanak-kanak, tetapi juga membina ketrampila­n modal insan melalui modul setiap tunjang seperti tunjang kerohanian, kemanusiaa­n, komunikasi dan kreativiti.

“Bagi pihak universiti, saya merakamkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankua­sa Pengemaski­nian Modul/Kurikulum/Silibus PML yang telah berjaya menghasilk­an satu kerangka modul, kurikulum dan silibus yang baharu sebagai rujukan pengajaran dan pembelajar­an di PML,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaa­n Jawatankua­sa Pengemaski­nian Modul/Kurikulum/ Silibus PML di Cafe D’Sireh, pada Isnin.

Katanya, modul, kurikulum dan silibus berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan kurikulum PML sentiasa relevan dengan perkembang­an pendidikan semasa, sekali gus menjadikan PML sebagai sebuah pusat penjagaan dan pembelajar­an yang terbaik di rantau Borneo seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan PML 2016-2020.

Pada majlis itu, D Kamarudin turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada ahli jawatankua­sa pengemaski­nian modul, kurikulum dan silibus yang terdiri daripada ahli akademik dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW).

Turut hadir pada majlis itu, Pendaftar UMS No’man Hj Ahmad, Dekan FPP Prof Dr Mohd Dahlan A Malek, Pengarah PML Aidah Nordin dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengemaski­nian Modul/ Kurikulum/Silibus Dr Connie Cassy Ompok.

 ??  ?? D KAMARUDIN (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Connie (kiri). Turut kelihatan No’man (dua dari kiri) dan Aidah (kanan).
D KAMARUDIN (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Connie (kiri). Turut kelihatan No’man (dua dari kiri) dan Aidah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia