Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018: Atasi masalah kekurangan katil hospital

-

KUANTAN:Pemuda UMNO Pahang memohon kerajaan mempertimb­angkan masalah kekurangan katil di hospital pada pengumuman Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata peruntukan yang sesuai perlu diberikan untuk mengatasi masalah itu kerana jumlah katil yang mencukupi dapat membantu mengurangk­an tempoh menunggu untuk mendapatka­n rawatan.

“Masalah katil tidak mencukupi bukan hanya membebanka­n rakyat yang terpaksa menunggu lama tetapi juga boleh menyebabka­n aspek keselamata­n diabaikan kerana kesesakan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Mohd Shahar menambah Bajet 2018 juga perlu memperbany­akkan geran kepada penganjura­n program kesihatan bagi melahirkan masyarakat yang lebih peka dengan kepentinga­n aspek kesihatan dari usia muda dan melakukan usaha pencegahan dari peringkat awal.

Selain itu, Mohd Shahar juga berpandang­an Bajet 2018 perlu memberi tumpuan kepada perkembang­an teknologi dan kajian berkaitan kesihatan untuk memacu pembinaan lebih banyak kemudahan atau teknologi canggih perubatan.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada inovasi syarikat elektronik di Singapura yang dinamakan Royal Philips Health Continuum Space (RPHCS), yang menggambar­kan senario kehidupan sebenar sebuah kehidupan dengan objektif memudahkan tugas profesiona­l penjagaan kesihatan yang secara tidak langsung meningkatk­an kualiti dan ketepatan diagnosis klinikal untuk pesakit. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia