Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir berkuranga­n

Jumlah dipindahka­n menurun kepada 1,454 orang

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Mangsa bencana banjir yang dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara di Kota Belud kini menurun kepada 1,454 orang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, agensi-agensi penyelamat telah melaksanak­an kerja memindahka­n mangsa balik ke rumah masing-masing pada petang Isnin.

Kini jumlah 1,454 mangsa itu adalah melibatkan 502 keluarga dan mereka masingmasi­ng ditempatka­n di lapan pusat pemindahan banjir yang terletak di Dewan Masyarakat Tun Said (106 orang); Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said (96 orang); Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi Dua (105 orang); Dewan Muhibah Tombol (76 orang); Dewan SMK Taun Gusi Satu

(43 orang); Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan (28 orang); dan Dewan SK Taun

Gusi (48 orang).

Sementara itu, di daerah Tuaran, pusat pemindahan sementara di SMK Sri Nangka dan Masjid Kg Bunga Tenghilan telah ditutup pada jam 11.15 pagi Isnin. Laporan banjir berkenaan adalah setakat jam 6 petang Isnin.

Manakala, seramai 34 mangsa tanah runtuh di Kampung Kolam Damai Minintod, Penampang yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di Dewan Lembaga Sukan Penampang dipindahka­n ke Dewan Sri Kepayan.

“Agensi-agensi penyelamat telah melaksanak­an kerja memindahka­n mangsa balik ke rumah masing-masing pada petang Isnin. LT KOL (PA) MOHD IZAIMI MD DAUD Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n menghantar mangsa banjir balik ke kediaman mereka.
ANGGOTA keselamata­n menghantar mangsa banjir balik ke kediaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia