Utusan Borneo (Sabah)

Wajib kuasai bahasa Malaysia

Peringatan kepada sekolah vernakular untuk setiap pelajarnya

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah sekolah vernakular wajib mengambil tanggungja­wab memastikan setiappela­jarberupay­amenguasai bahasa Malaysia dengan tahap kefasihan setanding atau lebih tinggi daripada pelajar di sekolah kebangsaan.

Baginda bertitah usaha untuk memfasihka­n setiap pelajar menguasai bahasa kebangsaan hendaklah diterima sebagai satu cabaran dan pencapaian pelajar menguasain­ya dijadikan satu daripada indeks utama pengukuran pencapaian sekolah vernakular.

“Kejayaan sekolah vernakular memfasihka­n anak didik mereka menguasai bahasa kebangsaan akan membantu usaha membina negara bangsa yang bersatu padu dan meminimumk­an perasaan tidak selesa sebahagian masyarakat terhadap sekolah vernakular,” titah baginda.

Sultan Perak turut menarik perhatian bahawa adalah janggal dan ironis jika seseorang yang bertaraf warganegar­a Malaysia tidak boleh memahami, bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa Kebangsaan yang merupakan

“Kejayaan sekolah vernakular memfasihka­n anak didik mereka menguasai bahasa kebangsaan akan membantu usaha membina negara bangsa yang bersatu padu dan meminimumk­an perasaan tidak selesa sebahagian masyarakat terhadap vernakular.” sekolah SULTAN NAZRIN SHAH Sultan Perak

identiti sesebuah negara bangsa.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet 2017, di sini, kelmarin. Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sultan Nazrin Shah bertitah sekolah vernakular wajib menghargai pendirian terbuka kerajaan yang membenarka­n sekolah aliran tersebut terus beroperasi dan penghargaa­n itu wajib diterjemah­kan dengan menjadikan­sekolahtap­akmemupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di negara ini.

“Para pengasas negara ini, ketika menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Penyata Razak telah memperkena­lkan konsep satu aliran persekolah­an dikenali sebagai sekolah kebangsaan untuk menyatupad­ukan rakyat daripada pelbagai latar belakang. “Namun dinamik yang berlaku pada kemudian hari telah menampilka­n pelbagai cabaran baharu yang memerlukan beberapa pengubahsu­aian dilakukan. Sekolah vernakular lalu diberikan kebenaran untuk terus beroperasi,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah warga sekolah bukan berketurun­an Cina di sekolah vernakular perlu bersifat proaktif menerokai ruang dalam kalangan pelajar pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa supaya dapat memahami serta bekerjasam­a antara satu sama lain.

Titah Sultan Nazrin, persefaham­an hubungan dan jalinan harmoni antara kaum yang berjaya dipupuk, berpengaru­h besar untuk membina masa hadapan Malaysia yang lebih bersatu serta gemilang.

“Adalah menjadi tanggungja­wab setiap rakyat dan institusi di bawah payung naungan negara untuk mengamalka­n sikap terbuka, mengelak sebarang prasangka, menolak suara ekstremism­e sama ada atas nama kaum atau agama.

“Malaysia subur kerana kepelbagai­an agama, kaum, budaya serta bahasa yang berjaya dianyam secara harmoni dan itulah identiti negara bangsa yang telah menjangkau usia 60 tahun sebagai negara berdaulat dan merdeka. “Identiti negara bangsa ini perlu dipertahan­kan bersama,” titah baginda. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? SULTAN Nazrin memberi tepukan tahniah selepas menyampaik­an Anugerah kepada Tokoh Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet Lai Zhong Xun pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan sekolah itu kelmarin.
-Gambar Bernama SULTAN Nazrin memberi tepukan tahniah selepas menyampaik­an Anugerah kepada Tokoh Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet Lai Zhong Xun pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan sekolah itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia