Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Johor berkenan melawat Kampung Parit Bugis

-

MUAR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat Kampung Parit Bugis, Sungai Balang di sini, kelmarin.

Keberangka­tan tiba baginda dengan menaiki kenderaan rasmi diiringi Pegawai Daerah Muar, Mohd Noorazam Osman, ternyata mengujakan hampir 300 penduduk kampung berkenaan.

Sebagai raja yang berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa kira-kira sejam bersarapan dan bersembang serta bergambar bersama penduduk di kampung terbabit.

Baginda turut berkenan menyaksika­n persembaha­n Reog, iaitu pementasan cerita rakyat dahulu kala yang berasal dari Ponorogo, Jawa Timur, dan melawat pameran mengenai sejarah Kampung Parit Bugis seperti asal usul nama kampung berkenaan serta latar belakang penduduk awal kampung terbabit.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Sarip.

Sebelum berangkat pulang, baginda sempat melawat ke bahagian dalam rumah Ketua Kampung Parit Bugis Saifudin Mohd Kadak yang dijadikan inap desa.

Perkampung­an itu terdiri daripada 12 penempatan iaitu Parit Masjid, Parit Gantong, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1 hingga 5 dan Sungai Balang Kecil.

Kawasan itu dibuka pada 1909 oleh orang Bugis yang diketuai Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dengan menanam getah. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? SULTAN Ibrahim melihat gambar yang terdapat pada dinding ‘Homestay’ ketika melawat Desa Lestari di Kampung Parit Bugis kelmarin.
-Gambar Bernama SULTAN Ibrahim melihat gambar yang terdapat pada dinding ‘Homestay’ ketika melawat Desa Lestari di Kampung Parit Bugis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia