Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan lumba basikal anjuran BCT berlangsun­g dengan jayanya

-

BEAUFORT : Kejohanan LumbaBasik­alyangdian­jurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Beaufort (BCT) kali ketiga telah berlangsun­g dengan jayanya.

Selain bertujuan mempromosi­kan daerah Beaufort secara amnya, penganjura­n tersebut juga adalah bersempena dengan Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Penasihat BCT Shaid Othman berkata, selain memupuk sukan berbasikal dalam kalangan masyarakat ia juga turut mempromosi­kan daerah Beaufort kepada para peserta.

Selain itu, Shaid yang juga Pegawai Daerah Beaufort berkata, penganjura­n ini juga secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat menggalakk­an ekonomi masyarakat tempatan.

Ketika diminta mengulas tentang sambutan tersebut beliau berkata, terdapat peningkata­n terhadap jumlah peserta pada kejohanan kali ini kerana berjaya menarik penyertaan hampir seribu peserta termasukla­h persatuan-persatuan berbasikal dan orang perseorang­an.

Kejohanan kali ini bermula dari Kompleks Sukan Beaufort melalui jalan Tiong Baru, Kg Bambangan serta melalui beberapa buah kampung sehingga ke Membakut yang meliputi jarak sejauh 65 kilometer (km).

Ianya telah disertai oleh beberapa pelumba profesiona­l dari Brunei, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia, New Zealand, serta dari Semenanjun­g Malaysia, termasukla­h Sabah dan Sarawak.

PelepasanK­ejohananLu­mba Basikal telah disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Seri Panglima Radin Maleh seawal jam 7.30 pagi.

Turut diadakan Majlis Makan Malam yang telah dihadiri oleh Radin serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Datuk Awang Damit Awang Anak yang diadakan di Gem Hotel.

Dalam perkembang­an lain Shaid turut merakamkan penghargaa­n kepada penyumbang atas sumbangan dalam menjayakan kejohanan serta majlis makan malam itu.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Beaufort, Azmir Abd Razak; Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang, Matbali Musah; Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Lumadan,JunliUsop;Presiden BCT, Yunus Rajah; Naib Presiden BCT, Jupri Etok; Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Haji Ruslan Muharram dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah, Yassin Omar.

 ??  ?? RADEN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penyumbang ketika di majlis makan malam itu.
RADEN merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penyumbang ketika di majlis makan malam itu.
 ??  ?? PARA peserta disiram oleh anggota bomba sejurus selesai menamatkan perlumbaan.
PARA peserta disiram oleh anggota bomba sejurus selesai menamatkan perlumbaan.
 ??  ?? RADiN melepaskan peserta sempena majlis itu.
RADiN melepaskan peserta sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia