Utusan Borneo (Sabah)

Neymar muncul wira dan petualang PSG

-

PARIS, Perancis: Neymar menjadi wira dan juga petualang apabila menjaringk­an gol dan kemudian dibuang padang ketika Paris Saint Germain (PSG) mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan tegang menentang Marseille dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Marseille membuka jaringan dari satu rembatan jarak jauh Luiz Gustavo pada minit ke-16 sebelum Neymar mengikat kedudukan pada minit ke-33 untuk gol ke-10 dari 11 perlawanan untuk PSG.

Selepas Florian Thauvin meletakkan Marseille di hadapan pada lewat permainan, Neymar dilayangka­n kad kuning kedua dalam tempoh dua minit dengan kad kuning kedua adalah kerana menghantuk kepala ke arah penyerang Marseille, Lucas Ocampos.

Ketika Marseille membayangk­an kemenangan berharga, satu tendangan percuma cantik Edinson Cavani mengikat kedudukan pada minit kecederaan untuk membawa pulang satu mata.

“Kami berasa sedikit kecewa dengan kad merah untuk Neymar kerana beliau menjadi mangsa banyak kekasaran dan kesabarann­ya meledak,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

“Saya percaya ia adalah tugas semua orang untuk melindungi pemain ternama.”

Satu mata bagaimanap­un mengekalka­n rekod tanpa kalah PSG dan juga kekal di tangga teratas Ligue 1 dengan 26 mata, empat mata di hadapan Monaco sementara Marseille di tangga kelima dengan 18 mata.

“Ia adalah gol penting, berdasarka­n apa yang berlaku pada perlawanan ini,” kata Cavani.

“Ia adalah sukar untuk kami bermain dalam suasana ini dan ia satu mata penting. Ia lumrah bola sepak – ada perlawanan di mana anda harus memberikan segalagala­nya.”

Marseille, yang dibeli oleh ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Frank McCourt tahun lepas, mempunyai cita-cita tinggi musim ini dan mensasarka­n untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan dan memburu kemenangan sebelum sepak mula perlawanan.

Suasana sudah tegang sebelum perlawanan dengan beberapa penyokong bergaduh dengan polis di luar stadium selain kereta dengan plat nombor dari Paris, menjadi sasaran.

Ada 13 tangkapan pada satu perlawanan di mana penyokong PSG dilarang hadir kerana isu keselamata­n.

Dalam stadium, Neymar sering menjadi mangsa balingan wang syiling dan pemetik api ketika mengambil tendangan sudut dan memerlukan perlindung­an polis dengan perisai ketika menghampir­i tepi padang.

Selepas beberapa terjahan keras, pemain paling mahal di dunia, menerima kad kuning pertama kerana sengaja memijak yang Sanson, yang mengasarin­ya sebelum itu.

Dua minit kemudian, Neymar diasak teruk dan akhirnya hilang sabar lalu menyerang Ocampos.

Jurulatih Marseille, Rudi Garcia berasa kecewa dengan keputusan itu

“Kami kehilangan dua mata, kami boleh mendahului 3-1 tetapi ia adalah kesilapan kami sendiri kerana memberikan mereka ruang,” kata Garcia.

Pada perlawanan lain, Lyon naikketang­gakeempats­elepas membelasah pendatang baharu liga, Troyes 5-0 dengan penyerang Memphis Depay menjaringk­an hatrik sementara Nice tewas 1-2 kepada Strasbourg di tempat sendiri. — AFP

 ??  ?? NEYMAR (tengah) dilayangka­n kad merah ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Marseille dan PSG di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas. — Gambar AFP
NEYMAR (tengah) dilayangka­n kad merah ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Marseille dan PSG di Stadium Velodrome, Marseille Ahad lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia