Utusan Borneo (Sabah)

Real terus ‘desak’ Barca selepas benam Eibar 2-0

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid merapatkan kedudukan dengan pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona, dengan kurang lima mata selepas menewaskan Eibar 3-0 Ahad lepas.

Real bergelut di gelanggang sendiri (Santiago Bernabeu) musim ini dengan tercicir empat mata dari enam perlawanan di tempat sendiri.

Bagaimanap­un, Eibar harus menyalahka­n diri mereka sendiri apabila gol sendiri Paulo Oliveira dan kesilapan penjaga gol, Marko Dmitrovic membolehka­n rembatan Marco Asensio lolos ketika Real mendahului 2-0 pada masa rehat.

Cristiano Ronaldo dijangka akan memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA di London kerana membantu Real memenangi kejuaraan La Liga dan Liga Juara-Juara untuk kejuaraan berganda pertama mereka dalam tempoh 59 tahun musim lepas.

Namun, prestasi Ronaldo dalam liga musim ini terus hambar dengan Asensio paling menyerlah dalam padang.

“Ia sudah tentu lebih bagus jika Cristiano menjaringk­an gol tetapi saya tidak risau,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Musim ini sangat panjang dan jika beliau merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara, maka sedikit demi sedikit prestasi itu akan kembali dalam La Liga.”

Kemenangan membolehka­n Real kembali memintas kelab jirannya, Atletico Madrid ke tangga ketiga selepas Atletico menewaskan Celta Vigo 1-0 di gelanggang lawan pada perlawanan awal.

Barisan serangan Atletico, ketika menanti Diego Costa dapat bermain pada bulan Januari, dikritik dalam beberapa minggu terutama sekali selepas seri tanpa jaringan dengan Qarabag dalam Liga JuaraJuara Rabu lepas, menyebabka­n harapan untuk layak ke pusingan kedua kejohanan semakin terjejas.

Bagaimanap­un, pada penampilan kesebelasa­n utama liga yang pertama musim ini, Kevin Gameiro merembat bola muntah dari satu tendangan sudut pada minit ke-28 untuk gol tunggal kemenangan.

Pada perlawanan lain, Villarreal, di bawah jurulatih baharu, JavierCall­eja,meneruskan­peningkata­n apabila menewaskan Las Palmas 4-0 sementara Leganes naik ke tangga kelima selepas menewaskan Athletic Bilbao 1-0. — AFP

 ??  ?? PARA pemain Real meraikan gol kedua mereka pada perlawanan liga menentang Eibar di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas. — Gambar AFP
PARA pemain Real meraikan gol kedua mereka pada perlawanan liga menentang Eibar di Santiago Bernabeu, Madrid Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia