Utusan Borneo (Sabah)

Gembira hasil seni dihargai

Pemenang pertanding­an Karya Pilihan Utama KPTNS ke-32

-

LUKISAN ‘Kenangan Si Puntung Bersama Alam’ berjaya memikat hati juri apabila dipilih sebagai salah satu daripada empat Karya Pilihan Utama, Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-32.

Karya hasil seni pelajar Sekolah Menengah All Saints, Monica Vun Yi Jing, 16, itu juga merupakan salah satu daripada karya pilihan utama bagi kategori Sekolah Menengah Tinggi yang mengabadik­an seekor daripada tiga badak sumbu sumatera, Si Puntung yang mati pada Jun lalu akibat kanser kulit.

Walaupun tidak pernah melihat atau bertemu dengan Si Puntung, anak bongsu daripada tiga beradik itu amat sedih dan rasa kasihan dengan nasib badak itu sehingga membuatkan dia sanggup membelanja­kan RM135 untuk lukisan bersaiz 80cm x 120cm.

“Corak-corak ini melambangk­an motif lukisan daripada pelbagai etnik di Sabah, antaranya Kadazan, Bajau dan Cina.

“Saya melukis motifmotif ini di badan Puntung kerana dia mengalami barah kulit dan saya mahu jadikan motif ini sebagai tatu di badannya untuk buatkan dia nampak lebih cantik dan secara tidak lang- sung mewakili kepelbagai­an budaya di Sabah. “Bunga-bunga dan daun-daun dalam lukisan ini menjadi kenangan kepada Si Puntung bersama alam semulajadi semasa dia tinggal di hutan,” jelasnya. Sementara itu, karya Suzi Layong, 16, dari Vision Secondary School yang menggunaka­n seni lipatan kertas atau quiling turut dipilih sebagai Karya Pilihan Utama bagi kategori yang sama.

“Saya agak terlewat mengetahui tentang pertanding­an ini, jadi saya hanya mempunyai masa selama tujuh hari untuk memikirkan konsep dan menghasilk­an karya ini. “Setelah berbincang, saya mengambil keputusan untuk menghasilk­an karya bobohizan atau bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun sebagai subjek karya saya,” katanya.

Turut bertuah, karya ‘Suasana Dalam Kereta Api’ oleh Moris Dezter Mitanis, 13 dari St John Beaufort apabila karyanya dinobatkan sebagai Karya Pilihan Utama bagi kateori Sekolah Menengah Rendah.

“Lukisan saya menggambar­kan suasana di dalam kereta api lama yang saya naiki setiap hari untuk pergi dan balik dari sekolah.

“Saya mahu berkongsi pengalaman dengan orang ramai yang melihatnya dan secara tidak langsung dapat mempromosi­kan keunikan gaya hidup kami yang mungkin tiada di tempat lain,” katanya.

Selain itu, karya pekerja bank Canie Peter Tan, 30, yang mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan lukisan butod atau ulat sagu dipilih sebagai Karya Pilihan Utama bagi Kategori Terbuka.

“Untuk lukisan ini, saya menggunaka­n teknik ‘scribble’ menggunaka­n ball pen dengan enam warna berlainan. Saya menggunaka­n dua set warna untuk menyiapkan lukisan ini mewakili kepelbagai­an bangsa dan agama di Sabah,” kongsinya.

Mereka menerima hadiah yang disampaika­n oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni di salah sebuah hotel terkemuka di sini. - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan.

 ??  ?? MONICA (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Juhar (tiga dari kanan).
MONICA (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Juhar (tiga dari kanan).
 ??  ?? SEMUA pemilik karya pilihan bergambar kenangan bersama Juhar (lima dari kiri) dan Norlidah (enam dari kiri).
SEMUA pemilik karya pilihan bergambar kenangan bersama Juhar (lima dari kiri) dan Norlidah (enam dari kiri).
 ??  ?? MONICA bersama lukisannya.
MONICA bersama lukisannya.
 ??  ?? MORIS dan lukisannya.
MORIS dan lukisannya.
 ??  ?? SUZI dan lukisannya.
SUZI dan lukisannya.
 ??  ?? CANIE dan lukisannya.
CANIE dan lukisannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia