Utusan Borneo (Sabah)

Hijrah ajar umat Islam memimpin

Generasi muda diminta imbas, belajar sejarah silam

-

KOTA MARUDU: Ma’al Hijrah merupakan platform bagi umat Islam belajar memimpin diri, keluarga serta masyarakat sekitar.

Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda berkata sebagai hamba Allah, mereka bukan sahaja ingin mengetahui tentang Hijrah Rasulullah SAW sebaliknya, inginmenge­tahuikesel­uruhan cara Nabi Muhammad SAW memimpin dunia di zamannya yang begitu rumit untuk diperbetul­kan.

Katanya,walaupunBa­ginda sebagai umat manusia paling mulia dan terjamin kesejahter­aannya di sisi Allah SWT namun, Baginda tetap membuat pembaharua­n untuk dibangunka­n seperti membina empayar Islam di Kota Madinah al Munawwarah selepas Kota Mekah al Mukarramah yang mana, kedua-duanya amat mencabar keselamata­n Baginda Rasulullah SAW.

“Sehubungan itu, sebagai generasi masa kini, kita merupakan kesinambun­gan daripada generasi terdahulu yang membangunk­an Islam serta kerajaan yang lebih adil dan saksama.

“Justeru, setiap kehadiran Ma’al Hijrah wajar kita raikan sebagai memperinga­ti perjuangan besar Baginda Rasulullah SAW membangunk­an kepelbagai­an untuk kita dan generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti di sini.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n)HamdanHaji Saruddinbe­rkataMa’alHijrah tahun ini disambut sederhana setelah mengambil kira kos bagi membiayain­ya.

Walaupun sederhana katanya, apa yang penting mereka di peringkat daerah sentiasa memperinga­ti hari yang amat bersejarah itu.

“Adalah wajib bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahua­n tentang sejarah islamiah sejak zaman kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Sementara itu, tahun ini hanya satu sahaja anugerah Tokoh Ma’al Hijrah diketengah­kan dan penerimany­a ialah guru bersara Ustaz Abdul Pakar Imam Kasam.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahka­n lagi sambutan itu seperti cabutan pengunjung yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Izaad Abdullah, Ketua Daerah Kota Marudu

“Sehubungan itu, sebagai generasi masa kini, kita merupakan kesinambun­gan daripada generasi terdahulu yang membangunk­an Islam serta kerajaan yang lebih adil dan saksama. Justeru, setiap kehadiran Ma’al Hijrah wajar kita raikan sebagai memperinga­ti perjuangan besar Baginda Rasulullah SAW membangunk­an kepelbagai­an untuk kita dan generasi ” seterusnya. DATUK WETROM @MOHD FIKRI BAHANDA Ketua Umno Bahagian Kota Marudu

merangkap Timbalan Pengerusi Penganjur Mohammad Mamat, Pegawai Tadbir Agama Jheains Kota Marudu Ustaz Rahmat Parasun dan Setiausaha Umno Bahagian Kota Marudu Emran Maidin.

 ??  ?? (Gambar kiri) WETROM (tiga dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada Abdul Pakar.
(Gambar kiri) WETROM (tiga dari kiri) menyampaik­an anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada Abdul Pakar.
 ??  ?? (Gambar atas) WETROM (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah sebuah basikal kepada Zainah Haji Dumang.
(Gambar atas) WETROM (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah sebuah basikal kepada Zainah Haji Dumang.
 ??  ?? SALAH seorang anggota PDRM membawa balik hamper yang disampaika­n oleh Wetrom.
SALAH seorang anggota PDRM membawa balik hamper yang disampaika­n oleh Wetrom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia