Utusan Borneo (Sabah)

Pakot adakan Majlis Jalinan Mesra Penduduk

-

TAWAU: Persatuan Komuniti Tidung Tawau, Sabah (Pakot) telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra Penduduk dan Perasmian Zon Pakot Sebatik di Dewan Serbaguna Kg Mentadak, Pulau Sebatik pada Sabtu.

Lebih 100 penduduk yang kebanyakan­nya terdiri daripada masyarakat Tidung kawasanber­dekatanmen­yertai majlis itu yang turut dihadiri Ketua Kampung Sg Tamang Haji Mohamad Ikit, Pengerusi JKKK Mentadak Saharan Tahir, WNC Kg Sungai Tongkang Mokhtar dan belia kampung sekitarnya serta ahli Majlis Tertinggi Pakot.

Pada majlis itu, Mansa OT Mali telah dilantik secara rasminya sebagai ketua Zon Pakot Sebatik.

Setiausaha Agung Pakot Abd Malik Hj Yusof berkata, Pakot Zon Sg Imam adalah yang ke-14 ditubuhkan di daerah Tawau.

Zon lain yang telah dibentuk sebelum ini adalah Zon Kalabakan, Zon Merotai, Zon Kuala Merotai, Zon Pasir Putih, Zon Tanjong Batu, Zon Sg Imam, Zon Bandar, Zon Apas, Zon Sg Gading, Zon Umas, Zon Balung, Zon Inderasaba­h dan Zon Kukusan.

“Pembentuka­n zonzon Pakot ini bertujuan menyatupad­ukan masyarakat Tidung di daerah Tawau bagi memudahkan kebolehcap­aian maklumat berkenaan perkembang­an serta program yang dibuat oleh Pakot Sabah pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata aktivti Pakot di setiap zon secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik yang ada di kawasan kampung berkenaan dan sekitarnya melalui perkongsia­n adat dan kebudayaan yang akan terus dikembangk­an ke daerah lain di seluruh negeri pada masa akan datang.

Sementara itu, majlis yang dirasmikan oleh Presiden Pakot Pgn Raden Haji Kakung @Pgn Hassan itu turut diserikan dengan tarian zapin dan persembaha­n kebudayaan Tidung oleh Pakot Zon Kalabakan dan Sebatik.

 ??  ?? TETAMU kehormat merakamkan gambar kenangan bersama dengan penduduk kampung dan peserta kebudayaan.
TETAMU kehormat merakamkan gambar kenangan bersama dengan penduduk kampung dan peserta kebudayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia