Utusan Borneo (Sabah)

Liputan telekomuni­kasi di Batang Lupar perlu diperluask­an

-

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta kementeria­n dan syarikat penyedia kemudahan telekomuni­kasi memperluas­kan kawasan liputan telekomuni­kasi di kawasan Parlimen Batang Lupar.

Beliau yang juga Anggota Parlimen BatangLupa­rberkatabe­berapakawa­san di Batang Lupar tidak mendapat liputan telefon dan ia menjadi masalah perhubunga­n sesama masyarakat di situ dan di luar kawasan.

“Liputan telekomuni­kasi bukan sekadar untuk membawa pelabur ke kawasan (Batang Lupar) tetapi untuk memudahkan perhubunga­n di manamana,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Kembara Batang Lupar 2017 anjuran kementeria­nnya di sini malam Ahad lepas.

Katanya, beliau telah menulis kepada kementeria­n terbabit serta syarikat penyedia telekomuni­kasi sambil meminta wartawan yang menyertai kembara itu turut menyuaraka­nnya dalam penulisan masing-masing.

Mengenai Kembara Batang Lupar 2017 beliau berkata ia merupakan program yang melibatkan warga organisasi media dari Kuala Lumpur dan Kuching selama tiga hari dan berakhir 22 Okt lepas.

“Tujuan utama kembara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan inisiatif yang dibawa oleh kementeria­n ke kawasan Parlimen Batang Lupar serta manfaat yang diterima kumpulan sasar kementeria­n dan masyarakat sekitar,” kata Rohani.

Peserta yang terdiri daripada wartawan, juru gambar, juru video dan blogger turut berpeluang mengenali budaya setempat dan lokasi menarik di sekitar Parlimen Batang Lupar, di samping melakukan program tanggungja­wab sosial bersama kumpulan sasar terpilih.

Parlimen Batang Lupar yang berkeluasa­n 2,024 km persegi terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Sebuyau, Lingga dan Beting Maro serta direntasi tiga sungai utama, iaitu Batang Lupar yang terkenal dengan keganasan buayanya, Batang Sadong dan Batang Saribas.

Pasukan Utusan Kota dari Kuala Lumpur menjuarai kembara itu dan membawa pulang wang tunai RM3,000 sementara naib juara iaitu pasukan Utusan Malaysia menerima wang tunai RM2,400. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia