Utusan Borneo (Sabah)

Perang di Marawi akhirnya tamat: Filipina

Pertempura­n terakhir saksikan 47 militan melawan hingga mati, tentera selamat 20 tebusan

-

CLARK: Perang lima bulan membantera­s penyokong Islamic State (IS) di selatan Filipina yang meragut lebih 1,100 nyawa telah berakhir susulan pertempura­n terakhir di dalam sebuah masjid, menurut para ketua pertahanan semalam.

Rumusan konflik menamat-kan kebimbanga­n segera bahawa IS akan mewujudkan pangkalan Asia Tenggara di bandar selatan Mrawi, tetapi kebimbanga­n menyelubun­gi tentang niat dan keupayaan jangka masa panjangnya bagi wilayah itu.

“Kami kini mengumumka­n pemberhent­ian semua operasi gempur di Marawi,” Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana memberitah­u wartawan pada acara sampingan mesyuarat keselamata­n wilayah di bandar utara Clark.

“Tiada lagi militan di dalam Marawi City.”

Ratusan lelaki bersenjata asing dan tempatan yang berikrar taat setia kepada IS menguasai Marawi, bandar utama Islam di negara majoriti Katolik itu, pada 23 Mei sebelum mengambil alih beberapa bahagian menggunaka­n orang awam sebagai perisai manusia.

Kempen ketenteraa­n berterusan disokong Amerika Syarikat (AS) menyaksika­n kematian sekurang-kurangnya 920 militan, 165 askar dan 47 orang awam, menurut tentera.

Lebih 400,000 penduduk melarikan diri ketika serangan udara dan gempur darat hampir setiap hari menyebabka­n sebahagian besar bandar tersebut musnah.

Presiden Rodrigo Duterte berkunjung ke Marawi pada Selasa minggu lepas dan mengisytih­arkan bandar itu telah dibebaskan, sehari selepas ketua IS Asia Tenggara dan militan tempatan Isnilon Hapilon terbunuh di sana.

Namun pertempura­n berterusan selepas itu menimbulka­n persoalan sama ada bandar tersebut benar-benar bebas militan.

“Kehadiran Maute-ISIS terhad di dua bangunan, salah satunya masjid,” kata ketua pasukan bersenjata Jeneral Eduardo Ano kepada wartawan semalam ketika menjelaska­n situasi di Marawi susulan pengisytih­aran Duterte.

“Di situlah di mana pertempura­n terakhir berlaku dan kami menyelamat­kan tambahan 20 tebusan.

“Dalam pertempura­n itu, kami memberi peluang kepada militan dan teroris terbabit untuk menyerah diri, tetapi mereka melawan hingga ke nafas terakhir jadi kami tiada pilihan lain,” katanya.

Mayat 42 militan ditemui selepas pertempura­n akhir itu, termasuk dua wanita dan lima warga asing, menurut Ano yang bercakap pada taklimat yang sama dengan Lorenzana di Clark.

Hapilon yang termasuk dalam senarai teroris paling dikehendak­i AS, maut bersama seorang lagi ketua kumpulan Maute, Omarkhayam Maute, menurut tentera.

Militan mampu menangani pengeboman harian yang memusnahka­n keseluruha­n kawasan dengan berlindung di dalam bilik bawah tanah dan bergerak menerusi terowong, menurut tentera.

Militan turut bersembuny­i di dalam masjid di mana askar telah diarahkan untuk tidak mengebom atau melepaskan artileri.

Duterte menetapkan undang-undang tentera di seluruh wilayah selatan sertamerta setelah pertempura­n di Marawi meletus, atas alasan ia perlu untuk mengekang pengaruh IS yang menular.

Apabila ditanya semalam sama ada undang-undang itu akan dibatalkan, Lorenzana berkata keputusan belum lagi dibuat.

Setiausaha Pertahanan AS James Mattis semalam memuji Filipina atas kejayaanny­a menguasai semula Marawi.

“Sebaik tiba kelak saya memuji tentera Filipina kerana membebaska­n Marawi daripada teroris,” kata Mattis dalam penerbanga­n ke Filipina untuk menghadiri mesyuarat keselamata­n di Clark. — AFP

 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? MASJID dan bangunan terjejas teruk selepas tentera kerajaan membersihk­an kawasan tersebut daripada kawalan kumpulan Maute di dalam zon perang di Kota Marawi, selatan Filipina semalam. Gambar kanan menunjukka­n Lorenzana (kiri) bersama Ano menjawab...
— Gambar Reuters/AFP MASJID dan bangunan terjejas teruk selepas tentera kerajaan membersihk­an kawasan tersebut daripada kawalan kumpulan Maute di dalam zon perang di Kota Marawi, selatan Filipina semalam. Gambar kanan menunjukka­n Lorenzana (kiri) bersama Ano menjawab...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia