Utusan Borneo (Sabah)

Kota Gaza bimbang keadaan kembar siam

-

KOTA GAZA: Kembar Siam yang dilahirkan di Kota Gaza kelmarin perlu meninggalk­an wilayah terkepung Palestin itu untuk mendapatka­n rawatan penting agar mereka terus hidup, menurut doktor dan ahli keluarga mereka.

“Seorang wanita telah melahirkan pada pagi ini kembar siam yang bercantum di perut dan pinggul,” kata Allam Abu Hamda, ketua unit neonatal di Hospital al-Shifa di Kota Gaza.

Abu Hamda menyatakan keadaan bayi perempuan terbabit tidak membolehka­nnya dirawat di Semenanjun­g Gaza, justeru kami berharap mereka dapat dipindahka­n ke luar negara bagi pembedahan pemisahan.

Seorang bapa saudara mereka yang meminta tidak dinyatakan namanya berkata: “Kami berharap mereka dibenarkan keluar dari wilayah ini untuk menangani situasi mereka yang pelik.”

Kembar siam, yang mana keadaan mereka menurut Abu Hamda sebagai stabil, berkongsi sepasang kaki namun jantung dan paru-paru mereka berasingan.

Kembar siam yang dilahirkan di Kota Gaza pada November 2016 telah meninggal dunia.

Israel mengekalka­n kepungan sedekad ke atas wilayah itu atas alasan kebimbanga­n keselamata­n berikutan pemerintah­an Hamas.

Pada 2010, kembar siam dari Gaza dipindahka­n ke Arab Saudi bagi pembedahan untuk memisahkan mereka, namun para doktor di Riyadh menyatakan keadaan mereka terlalu sensitif untuk dibedah dan akhirnya mati.

Dalam perkembang­an berasingan, pergerakan Hamas berkata kelmarin bahawa satu lawatan delegasiny­a ke Iran merupakan petanda penolakan terhadap syarat rejim Israel mengenai penyatuan semula dengan pergerakan pesaingnya Fatah.

Dua kumpulan utama Palestin itu telah mempersetu­jui perjanjian yang sepatutnya menyaksika­n Hamas menyerahka­n kawalan ke atas Semenanjun­g Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang didominasi Fatah di Tebing Barat.

Israel berkata ia akan menolak sebarang perjanjian yang tidak menuntut gencatan senjata Hamas dan memutuskan hubunganny­a dengan Iran, seteru ketat rejim.

Di sebalik syarat tersebut, delegasi para pemimpin kanan Hamas tiba di Iran pada Jumaat lalu untuk bertemu para pegawai kerajaan.

Dalam satu kenyataan, timbalan pemimpin Hamas Saleh al-Aruri yang mengetuai delegasi berkata: “Lawatan ke Tehran dibuat bagi menolak syarat entiti Zionis untuk memutuskan hubungan dengan Iran.”

Kenyataan tersebut turut menegaskan Hamas sama sekali enggan menggencat sayap bersenjata­nya.

Hamas telah terbabit dalam tiga perang dengan rejim Israel sejak 2008.

Ketua pergerakan terbabit berkata baru-baru ini bahawa hubungan dengan Iran kembali mesra dengan Tehran menjadi penyokong utama mereka setelah bertahun-tahun hubungan lebih tegang.

Hamas memerintah Gaza sejak memenangi pilihan raya pada 2007. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBAR siam Palestin yang baharu sehari dilahirkan ditempatka­n dalam inkubator di nurseri Hospital al-Shifa di Kota Gaza, kelmarin.
— Gambar AFP KEMBAR siam Palestin yang baharu sehari dilahirkan ditempatka­n dalam inkubator di nurseri Hospital al-Shifa di Kota Gaza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia