Utusan Borneo (Sabah)

Gunung berapi di Kepulauan Solomon meletus

-

WELLINGTON: Penduduk di tenggara Kepulauan Solomon telah diberikan amaran agar tidak keluar dari rumah masing-masing semalam bagi mengelakka­n penurunan abu susulan satu letupan gunung berapi.

Pihak berkuasa menyatakan kekurangan peralatan saintifik membuatkan mereka sukar untuk mengawasi secara berterusan situasi di pulau Tinakula, yang terletak hanya di utara Vanuatu di mana 11,000 penduduk telah dipindahka­n pada bulan lepas berikutan satu letusan di pulau Ambae.

Ketika kerajaan Vanuatu memutuskan pada Jumaat lepas bahawa situasi di Ambae telah reda dan penduduk dibenarkan untuk pulang ke rumah, menurut pegawai Kepulauan Solomon menyatakan mereka tidak mempunyai penjelasan berapa lama letusan di Tinakula akan berterusan.

Walaupun Tinakula tidak didiami, kira-kira 10,600 penduduk menghuni pulau berhampira­n dengannya Santa Cruz.

“Pihak berkuasa tidak mempunyai satu cara saintifik bagi mengawasi situasi dan menentukan bila ia akan berakhir,” Solomon Islands Broadcasti­ng Corporatio­n

(SIBC) memetik pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Negara Loti Yates sebagai berkata.

Yates menyatakan penurunan debu di beberapa buah komuniti berhampira­n dan kesannya terhadap perjalanan udara merupakan kebimbanga­n utama. Satu amaran penerbanga­n telah dikemukaka­n bagi Pulau Santa Cruz.

“Sebaik mungkin, penduduk perlu untuk berada di dalam rumah,” kata beliau, ketika menjelaska­n keadaan letusan yang ketika ini tidak begitu membimbang­kan.

“Dari apa yang kita ketahui sekarang, bahaya bagi kesan gunung berapi terhadap Santa Cruz adalah sangat kecil atau sangat terhad,” kata beliau.

Tinakula, yang sering kali aktif, pernah mempunyai populasi seramai kira-kira 130 orang sehingga satu letusan pada 1971 yang memaksa pemindahan mereka secara tetap. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia