Utusan Borneo (Sabah)

Pangkalan tentera Yaman diserang, lapan terbunuh

-

ADEN: Tiga anggota tentera Yaman dan lima penyerang telah terkorban dalam satu serangan ke atas sebuah pangkalan tentera di wilayah selatan Abyan semalam, menurut seorang sumber keselamata­n.

Sebuah kereta yang mempunyai bahan letupan membawa lima orang lelaki telah berhenti di sebuah pangkalan tentera di daerah Mudiya di Abyan, sumber tersebut memberitah­u AFP dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a.

Empat orang lelaki memakai tali pinggang bahan letupan telah berlari keluar dari kereta dan menuju ke arah pangkalan, dan kesemuanya telah ditembak mati.

Kenderaan itu kemudian meletup di luar pangkalan, mengorbank­an pemandu dan tiga orang anggota tentera dari kontinjen yang dibantu oleh UAE dalam pasukan tentera Yaman.

Wilayah selatan Yaman, termasuk Abyan, merupakan kawasan bagi satu perang dron AS selama ini menentang cawangan Al-Qaeda di Yaman.

Al-Qaeda in the Arabian Peninsula telah berkembang dalam kekecohan perang saudara di Yaman, yang melibatkan kerajaan disokong oleh Arab pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi menentang pemberonta­k Huthi Syiah.

Amerika Syarikat, satusatuny­a kerajaan yang menjalanka­n dron di kawasan negara miskin, menganggap AQAP sebagai cawangan paling berbahaya bagi kumpulan radikal tersebut dan menyokong kontinjen yang dilatih oleh UAE di selatan Yaman.

Emiriah Arab Bersatu merupakan komponen utama bagi satu pakatan tentera diketuai oleh Arab Saudi yang campur tangan dalam peperangan bagi menyokong kerajaan Hadi pada 2015.

Lebih dari 8,600 orang kemudian telah terkorban, menurut kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia