Utusan Borneo (Sabah)

13 korban tiga pengebom wanita Nigeria

-

MAIDUGURI: Tiga pengebom nekad wanita membunuh 13 orang dan mencederak­an 16 lagi di bandar timur laut Maiduguri kelmarin, menurut sumber keselamata­n.

Pengebom pertama telah meletupkan tali pinggang bomnya pada kira-kira jam 9.45 malam waktu tempatan di depan sebuah restoran kecil di ibu negara Borno semasa orang ramai sedang membeli makanan, menurut sumber tentera dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a ketika memaklumka­n angka kematian.

Dua pengebom lagi menyusul beberapa minit kemudian, mengakibat­kan kecederaan, menurut militia bersenjata, menjelaska­n bahawa serangan berlaku beberapa jam selepas laporan tentang ramai anggota Boko Haram di luar bandar.

Setakat ini tiada pengakuan bertanggun­gjawab atas serangan tersebut.

Konflik Boko Haram telah menyebabka­n sekurangku­rangnya 20,000 kematian dan memaksa lebih dari 2.6 juta orang lagi meninggalk­an rumah mereka sejak 2009.

Jalan raya ke Maiduguri dibuka namun kenderaan perlu diiringi pihak tentera ekoran risiko serangan.

Pihak tentera dan kerajaan Nigeria mengekalka­n bahawa Boko Haram merupakan pasukan pembelot sebagai satu hasil dari beberapa operasi menangani keganasan terhadap pihak militan sejak awal 2015.

Serangan maut menurun sejak beberapa minggu, di mana sumber keselamata­n mengaitkan­nya dengan peningkata­n kempen keten-teraan selepas musim hujan pada September. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia