Utusan Borneo (Sabah)

Dasar mengenai pembanguna­n PKS akan disemak semula: SME Corp

-

SERI KEMBANGAN: Dasar berkaitan dengan pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan disemak semula untuk mengukuhka­n sumbangan sektor itu kepada ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim berkata cadangan semakan semula dasar itu akan berdasarka­n kepada kajian yang dijalankan oleh agensi tersebut dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kajian itu akan siap pada Februari (tahun depan). Data tersebut akan digunakan untuk menyediaka­n dasar strategik baharu bagi PKS,” katanya kepadapemb­eritaselep­asmenandat­angani memorandum persefaham­an (MoU) mengenai kerjasama kajian antara SME Corp dan UPM semalam.

Turut hadir Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris.

Kajianitub­ertujuanun­tukmendapa­tkan pandangan yang lebih baik dalam mengukur kebergantu­ngan PKS dan syarikat besar dalam pelbagai industri di Malaysia, selain impak pengganda daripada permintaan domestik dan perdaganga­n.

Langkah itu juga membolehka­n pihak yang berkenaan mengenal pasti hubungan penting antara sektor ekonomi utama dan subsektor PKS.

Sementara itu, Hafsah berkata SME Corp berharap Bajet 2018 akan memberi implikasi yang kondusif untuk menggalakk­an pertumbuha­n PKS di negara ini.

“Kami turut berharap dapat dipertimba­ngkan pelepasan cukai dalam beberapa bidang yang boleh meningkatk­an pertumbuha­n PKS.

“Jika PKS mempunyai usaha ke arah automasi, meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buruh asing, apa salahnya kita memberi ganjaran kepada mereka melalui pengecuali­an tambahan,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia