Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti global M&A dalam sektor EMU terus merosot

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambila­lihan dan penggabung­an (M&A) dalam tenaga, perlombong­an dan utiliti (EMU) terus merosot, mencermink­an penurunan yang berterusan bagi aktiviti urus niaga bagi tempoh 2017, walaupun harga minyak melonjak pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Mergermark­et dalam laporan mengenai trend perlombong­an dan utiliti bagi suku pertama sehingga suku ketiga tahun ini, berkata perjanjian global yang membabitka­n sektor EMU hanya berjumlah sebanyak 316 urus niaga sahaja, menandakan aktiviti suku tahunan terendah sektor berkenaan sejak suku pertama 2015 (301 urus niaga).

Ketua Global bagi Urus Niaga dan Kandungan Data Mergermark­et, Sola Akinola berkata, Asia menyaksika­n penurunan paling ketara pada nilai iaitu pada angka AS$ 8.8 bilion, susut 45 peratus berbanding dengan suku-suku tahunan sebelum ini (AS$16.1 bilion), serta bagi tempoh yang sama dalam 2016 (AS$16 bilion).

“Suku ketiga, 2017 menjadi suku ketiga paling lembap dalam tempoh enam tahun sejak suku ketiga 2011 (308 urus niaga), manakala nilai agregat urus niaga pada suku berkenaan adalah sebanyak AS$133.4 bilion, merosot 27 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas (AS$181.5 bilion).

“Secara geografi, Amerika Syarikat masih menguasai landskap urus niaga, masingmasi­ng, 33 peratus dan 55 peratus daripada jumlah keseluruha­n urus niaga dan nilai EMU sejak tiga bulan lepas,” katanya- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia