Utusan Borneo (Sabah)

Kosma disaran sediakan pelan perniagaan bagi tempoh 50 tahun

-

KUANTAN: Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma), sebuah koperasi yang khusus untuk kakitangan kerajaan yang bekerja di Pahang, disaran agar membuat pelan perancanga­n perniagaan bagi 50 tahun akan datang untuk memastikan ia terus kukuh dalam menjana pendapatan untuk membantu anggotanya.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sejak ditubuhkan pada hujung tahun 1967, koperasi berkenaan telah melalui pelbagai cabaran serta detik jatuh bangunnya ekonomi negara dan hal itu diyakinima­mpumematan­gkan lagi pertubuhan itu dalam membuat perancanga­n tersebut.

“Kosma perlu menetapkan visi dan misi untuk tempoh 50 tahun akan datang, tidak boleh meneruskan apa yang telah dilakukan sejak 50 tahun lalu dan kalau boleh saya mahu Kosma lebih maju dari sekarang...terus memberi manfaat kepada 1702 orang ahlinya.

“Jika pada mula dulu Kosma memiliki 20 hektar tanah yang diusahakan, namun kini hanya tinggal kirakira 15 hektar dan hal ini perlu diperbaiki...belilah atau mohon tanah daripada kerajaan dan usahakan dengan lebih baik,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berangkat menghadiri Majlis Santapan Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang serta ulang tahun ke-50 Kosma di Hotel Zenith di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta Pengerusi Kosma, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim.

Sementara itu, baginda turut mengingatk­an anggota Kosma agar terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan agar segala usaha yang sedang dan akan dilakukan berjalan dengan lancar.

“Setiap ahli dan keluarga mereka telah menerima manfaat Kosma selama ini, jadi sudah pasti kerjasama erat antara pengurusan dan ahli sangat penting dalam memastikan kelangsung­an operasi Kosma,” titah baginda.- Bernama

 ??  ?? PEMANGKU Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) berkenan hadir pada Majlis Jamuan Malam Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah 2017.Turut hadir...
PEMANGKU Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) berkenan hadir pada Majlis Jamuan Malam Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah 2017.Turut hadir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia