Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Perangkaan buka tapak pameran

Beri peluang orang ramai kenali peranan, fungsi jabatan

- Oleh: NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jabatan Perangkaan Malaysia Bahagian Sandakan membuka satu tapak pameran di perkaranga­n Kompleks Sukan Sandakan pada Ahad bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali peranan serta fungsi jabatan itu dengan lebih dekat.

Tapak pameran itu dibuka sempena Sambutan Hari Statistik Negara (MyStats Day) 2017 ‘Data Berkualiti, Kehidupan Sejahtera’ yang telah dilancarka­n di ibu negara baru-baru ini.

Pada program itu, warga jabatan telah mengedarka­n risalah rujukan data-data statistik negara kepada orang ramai manakala tapak pameran pula memaparkan maklumat terkini berkaitan data perangkaan negara termasuk laporan statistik setiap tahun yang merangkumi ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar.

Menerusi pameran itu, orang ramai juga dapat menambah pengetahua­n berkaitan jumlah keluasan negeri Sabah dari segi kependuduk­an dan kepadatan penduduk.

Ketua Pejabat Operasi Sandakan, Jabatan Perangkaan Malaysia Imaran Titing berkata program itu merupakan satu usaha murni ke arah merakyatka­n perkhidmat­an awam dalam kalangan rakyat.

Katanya, dalam konteks Jabatan Perangkaan, program seumpama itu amat penting kerana membantu orang ramai mendapatka­n maklumat sekaligus mengenali peranan dan fungsi jabatan khususnya merangkumi laporan data statistik negara.

“Jabatan Perangkaan juga mengadakan pelbagai pengisian sempena Hari Statistik Negara dengan menumpukan masyarakat umum termasuk lawatan ke sekolahsek­olah,” katanya.

Katanya, mereka sedia membantu masyarakat untuk memahami statistik sebagai asas kelestaria­n kehidupan bermasyara­kat dan negara.

Beliau berkata, sambutan itu penting kerana dapat meningkatk­an kesedaran dan kefahaman dalam kalangan komuniti mengenai kepentinga­n statistik kepada negara.

“Di samping itu, ia juga memperkuku­hkan lagi kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan khususnya bagi proses pengumpula­n data jabatan,” katanya.

Menurut Imaran, orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat terkini mengenai data statistik negara secara terperinci merangkumi pelbagai bidang boleh melayari laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katanya bidang kuasa jabatan itu juga terlibat dalam menyediaka­n bancian penduduk sebagai input kepada kerajaan secara jangka panjang atau pendek.

“Jabatan Perangkaan juga mengadakan pelbagai pengisian sempena Hari Statistik Negara dengan menumpukan masyarakat umum termasuk lawatan ke sekolah-sekolah, ” IMARAN TITING

Ketua Pejabat Operasi Sandakan, Jabatan Perangkaan Malaysia

 ??  ?? WARGA Jabatan Perangkaan yang menjayakan pameran di Kompleks Sukan Sandakan.
WARGA Jabatan Perangkaan yang menjayakan pameran di Kompleks Sukan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia