Utusan Borneo (Sabah)

M’sia perlu berusaha jadi pusat dialog serantau, global

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu berusaha untuk muncul sebagai pusat dialog serantau dan global dan terutamany­a pusat bagi inovasi dan keusahawan­an, kata seorang usahawante­rkemukaMal­aysia Datuk Seri Vijay Eswaranm kelmarin.

“Malaysiaha­rusmemaink­an peranan utama dan penting dalam memulakan dialog yang boleh membantu melihat dengan teliti bagaimana negara-negara dan rakyat boleh membangun bersama dan bersatu hati,” katanya kepada Bernama.

Vijay, yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat QI, berkata ini memandangk­an perubahan global penting yang mula memberikan banyak cabaran, terutamany­a dalam bidang sosial dan ekonomi.

Walaupun dunia nampaknya mempunyai venue popular bagi perbincang­an global seperti Sidang Kemuncak Davos bagi Forum Ekonomi Dunia dan perhimpuna­n BangsaBang­sa Bersatu di New York, namun, katanya, perselisih­an masih terus berlaku di dunia, sebahagian­nya hampir dan mempunyai kaitan dengan Malaysia seperti pelarian Rohingya, turun naik mata wang utama dan kekurangan peluang pekerjaan.

Malaysia, katanya, perlu memanfaatk­an sumbersumb­er globalnya untuk muncul sebagai pusat bagi dialog dalam menangani isu-isu serantau dan global yang berkaitan termasuk penganggur­an dan kemerosota­n kualiti hidup.

“Kita lihat dunia semakin berkonflik dengan isu penghijrah­an yang tidak ada pengakhira­nnya apabila kian ramai yang melarikan diri daripada zon konflik yang seterusnya memberikan tekanan kepada sebahagian negara termasuk Malaysia,” kata Vijay.

Beliau memberi contoh pertemuan tahunan Horasis Visionary Circle baru-baru ini di Seoul, Korea Selatan yang dihadiriny­a, dengan menyatakan ia merupakan satu pengalaman yang menarik.

Antara isu-isu yang dibincangk­an termasukla­h perubahan cuaca dan implikasin­ya kepada dunia hari ini serta cuaca melampau dan inisiatif global bagi perlindung­an alam sekitar.

“Apabila perbincang­an beralih kepada topik kedermawan­ansayaberk­ongsi tentang usaha-usaha Yayasan RYTHM (Raise Yourself To Help Mankind) kita dan peranan penting yang ia mainkan dalam pembanguna­n komuniti di seluruh dunia.

Selain itu, katanya, beliau juga berkongsi pandangan mengenai inovasi, budaya dan amalan korporat, kepentinga­n dan bagaimana budaya diserap menerusi organisasi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia