Utusan Borneo (Sabah)

Belanda, Belgium berminat dengan ekonomi Malaysia

Kedudukan strategik negara adalah pintu masuk pelabur ke dalam Asean

-

KUALA LUMPUR: Kalangan komuniti perniagaan Belanda dan Belgium amat berminat dengan ekonomi Malaysia, malah ramai yang memanfaatk­an kedudukan strategik negara ini sebagai pintu masuk ke dalam ASEAN, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Belanda - BE Semiconduc­tor Industries (BESI) dan Enza Zaden, turut berkongsi pengalaman positif mereka melabur di Malaysia pada satu seminar yang diadakan bersempena misi perdaganga­n dan pelaburan beliau ke Amsterdam dan Brussels pada 19-20 Okt, 2017.

“Kedua-dua syarikat itu antara lainnya, turut membangkit­kan aspek penawaran modal insan di Malaysia khususnya dalam bidang teknologi dan penjentera­an serta budaya kerja yang gigih dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Mereka juga amat gembira dengan kemudahan yang disediakan­olehpihakL­embaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi galakan pelaburan lain,” katanya.

BESI yang beralamat di Shah Alam dan mempunyai 430 pekerja, terbabit dalam pengeluara­n jentera dan peralatan berkaitan semikonduk­tor serta turut menjadikan Malaysia sebagai pangkalan serantau untuk pasaran Asia Pasifik.

Selain itu, Enza Zaden yang merupakan PKS Belanda dalam bidang pengeluara­n biji benih pertanian, telah memilih Perak sebagai pusat penyelidik­an, pembanguna­n dan pembiakbak­aan tanah tinggi serta turut mendapat status.

Sementara itu, di Brussels, misi itu diteruskan dengan mesyuarat meja bulat membabitka­n 10 syarikat terkemuka Belgium bagi berkongsi perkembang­an terkini serta peluang perniagaan di Malaysia.

Setakat Jun 2017, pelaburan Belgium yang dilaksanak­an adalah bernilai RM743.6 juta, sekali gus menjadikan­nya antara pelabur utama dari rantau EU.

Menurut Mustapa, adalah penting bagi Malaysia untuk terus berada dalam radar syarikat multinasio­nal dan PKS Eropah.

“Sehubungan itu, kita perlu meningkatk­an penyertaan kita di pasaran perdaganga­n dan pelaburan utama.

“Bagi pasaran-pasaran utama ini, kita perlu bertemu dengan mereka sekurangku­rangnya setahun sekali untuk memaklumka­n mengenai perkembang­an terkini pembanguna­n ekonomi kita, peluang perniagaan serta daya tarikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan utama,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia