Utusan Borneo (Sabah)

Untung sebelum cukai I-Berhad bagi suku ketiga meningkat kepada RM28 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai I-Berhad bagi tempoh suku ketiga (Q3) berakhir 30 Sept, 2017, meningkat kepada RM28.55 juta berbanding RM25.44 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagaimanap­un susut kepada RM105.32 juta berbanding RM113.58 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, IBerhad berkata bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukainya meningkat 20 peratus kepada RM78.2 juta berbanding RM65.1 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil melonjak kepada RM335.97 juta berbanding RM280.7 juta sebelumnya, katanya.

Syarikat itu berkata pada akhir September, jualan yang belum dikumpul berjumlah RM303 juta berbanding RM335 juta pada akhir Jun.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Lim Kim Hong berkata segmen pembanguna­n hartanahte­rusmenjadi­pemacu utama pertumbuha­n, dengan sumbangan utama diperoleh menerusi i-Suite, Liberty Tower, Parisien Tower dan Hyde Tower di i-City, Shah Alam, Selangor.

“Sebahagian besar pertumbuha­n semasa adakah hasil daripada kejayaan melaksanak­an strategi perniagaan, dengan segmen pembanguna­n hartanah diunjur menyumbang hasil yang kukuh kepada kumpulan itu, membabitka­n RM500 juta setahun hasil daripada portfolio pelaburan hartanah sebanyak RM1 bilion apabila keseluruha­n pembanguna­n i-City selesai,” katanya.

Untuk masa hadapan, syarikat itu akan memberi tumpuan kepada pelan pelaburan hartanah susulan penyiapan 6,500 parkir kereta yangakandi­bukakepada­orang ramai pada akhir tahun.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja juga diteruskan bagi menyiapkan dan membuka fasa pertama daripada tiga pusat konvensyen di i-City menjelang tahun depan dengan penyiapan gedung beli-belah,” katanya.

Pada akhir suku ketiga, kira-kira RM436 juta dilaburkan dalam pelbagai pelaburan hartanah dan syarikat itu menjangkak­an satu lagi kejayaan besar apabila sumbangan kewangan diperoleh daripada segmen hartanah, katanya.

Lim berkata syarikat itu juga memindahka­n taman tema dan tarikannya di iCity supaya digabungka­n dengan pembanguna­n SOHO yang baru siap, dan hasilnya menyediaka­n ruang seluas kira-kira 8.09 hektar untuk pembanguna­n hartanah fasa seterusnya.

“Kawasan yang dikosongka­n ini dimajukan dengan daerah perniagaan berpusat (CBD) i-City. CBD membabitka­n pembanguna­n kawasan seluas 464,515 meter persegi yang dijangkaka­n dibuka kepada awam pada pertengaha­n 2018,” katanya.

Beliau berkata dengan lebih RM4bilionn­ilaipemban­gunan kasar, kira-kira separuh daripada kawasan binaan CBD akan diperuntuk­kan untuk pejabat komersil. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia