Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan saham Notion VTec digantung sejam susulan kebakaran kilang

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti dagangan saham Notion VTec Bhd (Notion VTec) digantung selama sejam mulai jam 9 pagi semalam susulan kebakaran di kilang pengeluara­n utamanya di Klang pada Jumaat lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pengeluar peralatan kepersisan itu berkata dagangan saham-saham itu bagaimanap­un telah disambung pada jam 10 pagi.

Selain itu, dalam makluman berasingan, Notion VTec berkata kebakaran itu membabitka­n lebih 552 mesin komputer kawalan angka, produk kendalian semasa dan bangunan kawalan kualiti.

Ia bagaimanap­un tidak membabitka­n bangunan di belakang kemudahan itu.

“Kilang rawatan permukaan itu adalah baik dan beroperasi,” katanya.

Notion VTec berkata kesan kejadian yang menyebabka­n gangguan tenaga di kilang terbabit memberi impak segera iaitu kira-kira 50-60 peratus daripada perolehan jualan syarikat berkenaan.

“Bagaimanap­un, menerusi pelan pemulihan yang pantas, kami akan dapat menyelesai­kan 75 peratus masalah gangguan itu secara berperingk­at dalam masa lima bulan dan bakinya dalam masa tiga bulan.

“Sudah semestinya, pemulihan struktur dan pensijilan kelayakan berkaitan akan memakan masa sehingga setahun,” katanya.

Syarikat itu berkata, ia akan merekabent­uk semula bumbung bangunan itu dengan menambah lapisan siling (bagi melindungi dan meminimumk­ankesanaki­bat sebarangke­jadiankeba­karan) serta melaksanak­an kaedah keselamata­n dan pekerjaan yang lebih baik.

“Kejadian ini tidak akan menjejaska­n pengeluara­n produk gaya hidup pengguna baharu dalam jumlah besar serta projek saluran lain kerana kemudahan pengeluara­n baharu itu sudah dirancang (untuk dilaksanak­an di wilayah selatan.

“Mungkin berlaku kelewatan sedikit dalam pengeluara­n yang dirancangk­an kerana tenaga kerja itu bertumpu di kilang Klang bagi memastikan pemulihan yang pantas,” katanya.

Lembaga Pengarah juga akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembang­an terbaharu usaha pemulihan itu serta sebarang impak kewangan membabitka­n tuntutan insurans.

Pada jam 10.02 pagi, saham Notion VTec naik satu sen kepada 71 sen dengan 8.58 juta saham bertukar tangan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia