Utusan Borneo (Sabah)

Usaha SYC bantu promosi pelanconga­n dapat pujian

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kelab Layar Sandakan (SYC) mendapat pujian atas peranannya dalam melengkapk­an usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mempromosi­kan Sandakan sebagai destinasi pelanconga­n.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk James Wong berkata demikian di pejabatnya semasa kunjungan hormat oleh jawatankua­sa umum SYC yang diketuai oleh Commodore Paul Wong pada Isnin.

Ketika kunjungan itu, Paul memberi penerangan ringkas kepada James mengenai persediaan SYC bagi Sandakan Regatta/ Sandakan River Race/Sabah Closed 2017 yang akan diadakan di laut berhadapan SYC pada 24 hingga 26 November depan.

Mengenai perkembang­an sukan layar, James berkata MPS akan terus menyokong usaha SYC untuk mempromosi­kan sukan itu dan juga meletakkan Sandakan sebagai destinasi sukan air.

“Sukan layar seperti yang kita semua tahu ialah sukan yang popular di dalam dan luar negara. Ia juga salah satu galakan gaya hidup yang sihat dan melatih kemahiran, disiplin, komunikasi serta semangat berpasukan pelayar,” katanya.

Beliau juga gembira apabila mengetahui bahawa selama bertahunta­hun, SYC telah berjaya menganjurk­an beberapa acara utama yang menarik penyertaan para pelayar dari seluruh negeri dan juga Brunei Darussalam.

Turut hadir ketika kunjungan hormat itu ialah Naib Commodore Paul Sabinus, Rear Commodore merangkap Pengerusi Penganjur Regatta James Leong dan ahli jawatankua­sa Chin Nam Hong.

 ??  ?? JAMES (tengah) menerima cenderamat­a daripada Paul sambil diperhatik­an jawatankua­sa SYC.
JAMES (tengah) menerima cenderamat­a daripada Paul sambil diperhatik­an jawatankua­sa SYC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia