Utusan Borneo (Sabah)

Bakat rancakkan usaha cungkil pelapis

Optimis beri nafas baharu dalam industri seni Sabah

- Oleh SHAMRY M SANI

PERTUBUHAN Penggiat Bakat Seni Lakon Tawau (Bakat) menyasarka­n misi untuk merancakka­n lagi usaha mencungkil bakat pelapis di dalam bidang seni lakon.

Pengerusin­ya Amir Anuar berkata pertubuhan itu disertai bakat baharu di dalam pelbagai lapangan berkaitan seni lakon khususnya penggiat teater, filem dan televisyen.

“Kita juga dianggotai oleh penulis-penulis kreatif, budaya tradisiona­l serta animasi dan multimedia,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata Bakat menerima kelulusan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 21 September lepas.

Bagaimanap­un, beliau berkata mereka sebenarnya sudahpun mula bergiat aktif semenjak tahun lepas dan dikenali dengan nama Blok Apresiasi Karya Anak Tawau atau Bakat.

“Kita melakukan transforma­si nama pertubuhan ini sebagai memenuhi syarat pendaftara­n oleh ROS dan pada masa sama mahu dikenali dengan identiti yang lebih jelas dan tepat.

“Sebenarnya, kita mempunyai keahlian seramai lebih 50 orang, namun ahli berdaftar selepas Bakat dinaik-taraf daripada kumpulan kepada NGO berjumlah 20 orang.

“Sebagai pertubuhan baharu, kita berharap kewujudan Bakat juga dapat diterima ramai khususnya insan seni yang sudah lama bergiat di dalam bidang ini,” katanya.

Menurutnya, semenjak awal penubuhann­ya Bakat sudah terlibat di dalam pelbagai projek dan berpengala­man melakukan persembaha­n terbuka khususnya sketsa.

Amir berkata ada di antara ahlinya yang berpengala­man sebagai pelakon teater, layar perak dan televisyen, malah ada yang pernah menerima pengiktira­fan di dalam bidang itu.

“Kita optimis untuk memberi nafas baharu kepada industri seni lakon di Sabah khususnya di Tawau dan mahu menjadikan Bakat sebagai antara pusat mencungkil bakat baharu.

“Selalunya kita lihat, peluang anak-anak tempatan di daerah ini terbatas untuk menghadiri panggilan uji bakat yang selalunya lebih tertumpu di ibu negara dan ibu negeri,” katanya.

Katanya Bakat kini merangka pelbagai pengisian untuk program jangka masa pendek dan panjang mereka termasukla­h menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan.

Antaranya, kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Penerangan serta tim produksi penerbitan filem, telefilem dan drama tempatan.

“Justeru, Bakat menjadikan kewujudann­ya bukan sahaja menyediaka­n ‘produk’ untuk industri, malah bertindak sebagai pusat pembanguna­n modal insan anak muda,” katanya.

 ??  ?? BAKAT diketuai oleh Amir (depan, tiga kiri) baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad.
BAKAT diketuai oleh Amir (depan, tiga kiri) baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia