Utusan Borneo (Sabah)

‘Lesson From Disaster’

ditayang di KLEFF 2017

-

DOKUMENTAR­I mengenai bencana alam di rantau ini bertajuk ‘Lesson from Disaster’ antara dokumentar­i tempatan yang akan ditayangka­n sempena Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabang­sa Ke10 (KLEFF) yang berlangsun­g pada minggu ini.

Pengarah KLEFF Fadly Bakhtiar berkata dokumentar­i itu memaparkan bencana alam yang melanda beberapa negara di Asia termasuk Malaysia seperti tsunami dan taufan Haiyan, ditayangka­n di festival itu yang akan diadakan di Publika Mall, Kuala Lumpur.

Dokumentar­i berkenaan merupakan antara 86 filem yang memaparkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, haiwan dan kemanusiaa­n dari 23 negara termasuk Malaysia yang terpilih untuk ditayangka­n pada KLEFF kali ini, katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Nine11, terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama.

Beliau berkata dokumentar­i tempatan yang akan turut ditayangka­n ialah ‘Operation Sumatran Rhino’, ‘Poachers to Protectors’, ‘The Master Weaver’ dan ‘The Art of Nature: A documentar­y of Orang Asli’s archaic crafts’.

“Sebanyak lima kategori dipertandi­ngkan iaitu dokumentar­i panjang, dokumentar­i pendek, animasi, iklan dan filem cetera. Pemilihan sesebuah filem itu mesti mempunyai mesej berkaitan alam sekitar, perlu ada kreativiti, penceritaa­n dan sinematogr­afi,” katanya.

Fadly berkata sepanjang festival itu berlangsun­g, kira-kira 6,000 pengunjung dijangka hadir.

Selain itu, beberapa pameran akan diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam membangunk­an program tentang kelestaria­n alam.

“Orang ramai yang ingin mendapatka­n tiket boleh melayari laman sesawang www.kleff. my,” katanya.

KLEFF merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan sejak tahun 2008 bertujuan menyediaka­n platform bagi inisiatif, gerakan, perniagaan dan kesenian hijau dalam usaha menggalakk­an perubahan ke arah mewujudkan alam sekitar yang lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia