Utusan Borneo (Sabah)

Ameng pilih Al-Quran sebagai pembimbing, muhasabah diri

-

“TAHUN pertama dalam penjara, saya alami tekanan jiwa yang sangat teruk. Fikiran jadi tak menentu terkenangk­an bebanan yang isteri terpaksa tanggung untuk menampung keluarga,” kata Ameng, bekas bintang rock selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.

Ameng, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, adalah bekas vokalis kumpulan Spring, yang popular sekitar tahun 1990-an.

Pada 2011, beliau dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dengan 10 sebatan setelah didapati bersalah kerana penyalahgu­naan dadah.

Setelah mendapat pengampuna­n kerana berkelakua­n baik, Ameng dibebaskan pada 14 Jun 2016, kira-kira tiga tahun lebih awal daripada tempoh penuh hukuman. Lima tahun dalam penjara memberikan banyak pengajaran tidak ternilai bagi Ameng dan membantuny­a untuk bangkit semula dengan ketakwaan yang mendalam kepada Maha Pencipta.

Transforma­si bekas idola budaya pop itu kini menjadi inspirasi kepada ribuan bekas penagih dadah dan orang ramai yang berazam mengubah haluan hidup mereka menuju jalan kebenaran.

Pada program ‘Gema Wahyu’ di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (MJSASKL) 31 Ogos lalu, ratusan peserta terdiri daripada golongan ibu bapa, remaja dan kanak-kanak termasuk penulis sendiri hadir untuk mendengar Ameng berkongsi perjalanan hijrahnya dengan penonton.

TIDAK HILANG SEGALANYA

Sukar untuk mempercaya­i bahawa Ameng yang dahulunya pernah membuat persembaha­n untuk menghiburk­an banduan di penjara-penjara di negara ini, akhirnya sendiri merengkok di penjara. Namun, apabila masuk ke penjara sebagai banduan dan bukan sebagai penghibur, Ameng sudah kenal dengan beberapa pegawai dan warden penjara.

Ameng mengakui pada mulanya tidak mudah untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan dalam penjara.

“Pada ketika itu apa yang paling saya risau adalah nasib isteri dan anak-anak. Bagaimanak­ah mereka akan teruskan hidup tanpa ketua keluarga? Mereka tak ada duit, dan saya tidak pasti di mana mereka akan tinggal. Dalam kekusutan itu, seorang pegawai penjara yang bersimpati tolong menenangka­n saya. Pesan beliau ringkas sahaja tetapi memberi kesan mendalam sehingga saya berubah,” katanya.

“Masalah keluarga kamu tidak seburuk yang disangkaka­n, tidak guna kamu risaukan mereka sedangkan kini kamu tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan di luar sana. Pilihan ada di tangan kamu sama ada mahu terus melayan kekusutan fikiran atau fokus mengubah diri menjadi lebih baik,” tambah Ameng memetik kata-kata warden penjara itu.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk meneruskan hidup adalah dengan muhasabah diri dan menyedari kekurangan sendiri.

Menginsafi keadaan itu, beliau sedar yang dirinya sebagai seorang Islam telah lalai menunaikan tanggungja­wab terhadap agama terutamany­a berkenaan fardhu ain dan membaca Al-Quran.

KAWAN SATU SEL YANG ALIM

Walaupun kehidupan di penjara bukanlah sesuatu yang indah, Ameng mendapati sistem pengajian ilmu agama di dalam penjara disusun dengan amat baik dengan kehadiran ramai ustaz yang mengajar berdasarka­n pengkhusus­uan ilmu masing-masing. Selepas belajar membaca Al-Quran, Ameng belajar dengan lebih mendalam, mengkaji dan memahami ayat-ayat dalam kitab suci itu.

Beliau merancangk­an pengajian Al-Quran dengan membahagik­an masa menghafal ayat-ayat baru sebelum subuh dan mengulang kaji ayat-ayat yang dihafaz sewaktu mengerjaka­n solat-solat tahajjud, taubat dan sunat ketika bangun qiamullail (bangun di tengah malam untuk beribadat).

“Jika saya lemah semangat, saya akan membaca surah An-Naba kerana mendapati makna ayat-ayat dalam surah itu dapat menyuntik kembali semangat saya. Saya sentiasa bersemanga­t untuk membaca Quran. Sejak kecil saya tak pernah pandai membaca Al-Quran. Saya menggunaka­n setiap peluang yang ada untuk memperbaik­i bacaan Al-Quran saya,” katanya.

Ameng juga bernasib baik kerana rakan selnya mahir membaca Al-Quran.

“Apabila saya terjumpa sesuatu yang baru dan tak tahu, saya akan tanya dia. Walaupun ketika dia tidur, saya akan bangunkan dan dia begitu baik hati menjawab soalan saya,” jelas Ameng sambil mengenang perjalanan hijrahnya. Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERUBAH: Gambar fail bertarikh 14 Jun 2016 ini menunjukka­n Ameng memeluk isterinya Sabariah Zakariah dan anak Wan Amnar Haikal Wan Aminuddin sebaik dibebaskan daripada Penjara Kluang.
— Gambar Bernama BERUBAH: Gambar fail bertarikh 14 Jun 2016 ini menunjukka­n Ameng memeluk isterinya Sabariah Zakariah dan anak Wan Amnar Haikal Wan Aminuddin sebaik dibebaskan daripada Penjara Kluang.
 ??  ??
 ??  ?? BINTANG KEMBALI MENGGEGAR: Gambar fail menunjukan Ameng berduet bersama Siti Nordiana dalam Gegar Vaganza 3 pada tahun lepas.
BINTANG KEMBALI MENGGEGAR: Gambar fail menunjukan Ameng berduet bersama Siti Nordiana dalam Gegar Vaganza 3 pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia