Utusan Borneo (Sabah)

APMM Kudat rampas barang kawalan cuba dibawa keluar

APMM Kudat rampas barang kawalan cuba dibawa keluar ke negara jiran

- Oleh YAP SIONG HAN

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kudat telah menahan sebuah bot pancing disyaki penyeludup dalam operasi yang dilakukan di sekitar perairan daerah ini.

Pengarah Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata bot terbabit disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan tanpa surat kebenaran yang sah daripada pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Katanya Bot Maritim Malaysia yang menjalanka­n Ops Pluto Timur di sekitar perairan Kudat berjaya mengesan bot pancing itu kira-kira jam 8.45 malam, yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigak­an pada jarak 0.2 batu nautika dari Esplaned Kudat.

“Kira-kira jam 10.50 malam, bot pancing itu berjaya ditahan dan hasil pemeriksaa­n ke atasnya mendapati terdapat dua lelaki termasuk tekong bot.

“Kesemua mereka adalah warganegar­a Filipina yang memiliki dokuman pengenalan diri yang sah berumur 26 dan 38 tahun,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata bot terbabit didapati membawa sembilan tong gas, minyak masak seberat 850kg, gula 24kg dan tepung gandum 710kg untuk dibawa ke Filipina, yang dianggarka­n bernilai RM8,070.

Katanya tekong dan awakawak bot pancing itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barangan tanpa kelulusan daripada pihak KPDNKK.

Kesemua suspek ditahan dan dibawa memasuki Jeti Awam Kudat untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum diserahkan kepada Unit Siasatan Maritim Kudat.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Enakmen dan Peraturan Dermaga 2002,” katanya.

Boon berkata sebarang aktiviti yang dilakukan oleh bot-bot nelayan tempatan perlulah mengikut syaratsyar­at sah lesen yang telah dikeluarka­n oleh pihak berkuasa.

Katanya, pihak Maritim Malaysia akan sentiasa memperting­katkan pemantauan dan rondaan bagi membentera­s sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Beliau juga menyeru orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat kegiatan yang menyalahi undangunda­ng di laut atau kecemasan, supaya menghubung­i APMM di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Kudat 088-611857/58.

“Kesemua mereka adalah warganegar­a Filipina yang memiliki dokuman pengenalan diri yang sah tahun.” berumur 26 dan 38 LEFTENAN KOMANDER MARITIM BOON CHIN CHAU Pengarah Maritim Daerah Kudat

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang suspek yang ditahan APMM.
SALAH seorang suspek yang ditahan APMM.
 ??  ?? BOT pancing yang digunakan untuk kegiatan menyeludup.
BOT pancing yang digunakan untuk kegiatan menyeludup.
 ??  ?? ANTARA barangan seludup yang dirampas oleh APMM.
ANTARA barangan seludup yang dirampas oleh APMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia