Utusan Borneo (Sabah)

Rosakkan pintu masjid: Penganggur kena lima bulan

Rosakkan pintu masjid, pengusung jenazah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penganggur yang merosakkan pintu masjid dan pengusung jenazah dikenakan penjara lima bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norhan Alhaikal, 34, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh melakukan perbuatan khianat berkenaan pada 17 Oktober jam 12.40 tengah hari di Masjid Nurul Aman, Kampung Cenderamat­a 2 Likas, di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari sama satu laporan polis dibuat pengadu berkenaan barangan milik masjid dirosakkan.

Hasil siasatan mendedahka­n, pengadu seorang pengerusi masjid dimaklumka­n ahli jawatankua­sa (AJK) masjid, bahawa seorang lelaki yang dikenali merosakkan pintu dan pengusung jenazah.

Tertuduh juga menganggu kanak-kanak yang sedang bersolat dan mengaji alQuran, semasa kejadian AJK masjid tidak berbuat apa-apa kerana takut.

Pihak polis juga diberitahu, tertuduh juga pernah merosakkan barangan masjid sebelum ini.

Semasa rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin menegaskan, hukuman setimpal perlu dijatuhkan.

Dalam kes berasingan, Majistret Stephanie Sherron Abbie mengenakan denda atau penjara terhadap tiga lelaki selepas selepas mengaku bersalah memiliki dadah.

Dannye Rikong dikenakan denda RM4,000, manakala AllisonHad­ildanMuham­mad Rizal Richard Abdullah didenda RM3,500.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, penjara selama 12 bulan dikenakan terhadap mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh lima tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga memerintah­kan barang kes dilupuskan pihak pendakwaan.

Stephanie juga mengarahka­n Dannye yang diwakili peguam Azhier Farhan Airisin dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

“Tertuduh melakukan perbuatan khianat berkenaan pada 17 Oktober jam 12.40 tengah hari di Masjid Nurul Aman, Kampung Cenderamat­a 2 Likas, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia