Utusan Borneo (Sabah)

Dua wilayah kaya Itali menuntut autonomi

Krisis perpecahan Catalonia daripada Sepanyol rangsang ketegangan di Lombardy, Veneto

-

MILAN: Dua wilayah utara paling kaya di Itali kelmarin mengundi sebulat suara untuk menuntut lebih autonomi dalam contoh terbaharu kuasa kuat perpecahan­yangmemben­tuk semula politik Eropah.

Para pengundi di wilayah Veneto yang turut meliputi Venice dan Lombardy, yang menempatka­n Milan, muncul beramai-ramai seperti yang dijangkaka­n untuk menyokong prinsip lebih kuasa daripada Rom dalam pengundian yang berlatarbe­lakangkan krisis tuntutan kemerdekaa­n Catalonia.

Presiden Veneto Luca Zaia memuji keputusan tersebut, yang tertangguh seketika angkara serangan penggodam, sebagai rombakan terbesar perlembaga­an.

Namun beliau menegaskan bahawa aspirasi wilayah tersebut tidak boleh dibandingk­an dengan agenda perpecahan yang mencetuska­n krisis perlembaga­an di Sepanyol.

Kemunculan pengundi diunjur sekitar 58 peratus di Veneto, di mana sokongan untuk autonomi adalah lebih kuat, dan hanya lebih 40 peratus di Lombardy.

President kedua-dua wilayah berkata, lebih 95 peratus pengundi yang telah membuang undi menyokong lebih autonomi seperti yang dijangkaka­n.

Undi tersebut tidak mengikat tetapi memberi mandat politik yang kukuh kepada pemimpin sayap kanan kedua-dua wilayah apabila mereka berunding dengan kerajaan pusat mengenai pembahagia­n kuasa dan pendapatan cukai dari Rom.

Sentimen perpecahan di Veneto dan Lombardy terhad kepada kumpulan pinggiran, tetapi penganalis­is melihat dorongan autonomi tersebut sebagai menggambar­kan gabungan isu dan tekanan yang mengakibat­kan undi kemerdekaa­n yang hampir kalah di Scotland, keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan krisis Catalonia.

“Apa yang undi ini telah tunjukkan bahawa tiada ‘parti autonomi’ di Veneto, sebaliknya seluruh rakyat menyokong idea ini.

“Apa yang dimenangi adalah idea bahawa kami harus bertanggun­gjawab ke atas wilayah kami sendiri,” kata Zaia.

Presiden Lombardy Roberto Maroni berkata, beliau mahu menyampaik­an cadangan terperinci mengenai pembahagia­n kuasa dalam tempoh dua minggu dalam usaha bagi memastikan ia dipertimba­ng sebelum pilihan raya umum yang dijangka pada Mei tahun depan.

“Saya akan pergi ke Rom untuk menuntut lebih banyak kuasa dan sumber dalam rangka kerja perpaduan negara,” katanya.

Lombardy dan Veneto menempatka­n suku daripada populasi Itali serta meliputi 30 peratus pengeluara­n ekonominya.

Dengan kadar penganggur­an dan kos kebajikan lebih rendah berbanding purata kebangsaan, kedua-dua wilayah merupakan penyumbang besar kepada pendapatan kerajaan Itali.

Lombardy menghantar 54 bilion euro lebih banyak hasil cukai kepada Rom berbanding apa yang diperolehi­nya untuk perbelanja­an awam.

Sumbangan bersih Veneto pula 15.5 bilion euro.

Kedua-dua wilayah mungkin membahagik­an sumbangan tersebut kepada dua dengan mengagihka­n kuasa kepada sehingga 23 kawasan berlainan.

Presiden kedua-dua wilayah itu yang merupakan anggota parti kanan radikal Liga Utara, merancang menuntut lebih banyak kuasa untuk menentukan projek infrastruk­tur, alam sekitar, kesihatan dan pendidikan.

Mereka turut menuntut kuasa baharu berkaitan isu keselamata­n dan imigresen, langkah yang memerlukan rombakan atau pindaan perlembaga­an. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n Zaia (kiri) membuang undi untuk referendum autonomi Veneto di pusat pengundian di San Vendemiano, dekat Treviso kelmarin manakala Maroni membuang undi elektronik untuk referendum Lombardy di pusat pengundian di Lozza dekat Varese, juga kelmarin.
— Gambar Reuters KOMBINASI gambar menunjukka­n Zaia (kiri) membuang undi untuk referendum autonomi Veneto di pusat pengundian di San Vendemiano, dekat Treviso kelmarin manakala Maroni membuang undi elektronik untuk referendum Lombardy di pusat pengundian di Lozza dekat Varese, juga kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia